Kediaman – Simfoni Kontemporari 20Trees
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Kawasan perumahan elit, 20Trees yang terbina sejak 10 tahun lalu di pinggir bukit memberikan pemandangan saujana menghijau bukit Melawati dan Kemensah. Kediaman jenis teres link 3 tingkat ini dimiliki oleh pasangan muda Nadzra Mahmud bersama suami, Dr. Ibrahim Idzham yang baru berpindah masuk sepenuhnya sehari sebelum penggambaran diadakan.
Struktur seni bina moden tropika dipengaruhi oleh persekitaran landskap menghijau dibawa masuk ke dalam kediaman menerusi binaan indoor courtyard. “Asalnya reka pelan courtyard ini dipisahkan oleh binaan pintu lipat (folding doors) dan tetingkap labuh yang mana, kami sepakat untuk menyatukan kegunaan fungsi courtyard ke dalam ruang kediaman,” jelas Nadzra membuka bicara. Limpahan cahaya siang menjadikan visual ruang kediaman lapang dan terbuka. Pilihan jubin geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai courtyard memberi dimensi unik berkarakter. Susun atur perabot alami rotan daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah-tengah ruang.
Slide untuk lihat gambar.

Aras dua kediaman didedikasikan buat ruangan hidup utama termasuk ruang tamu, ruang menonton, courtyard, ruang makan dan dapur. Sofa dempak bereka bentuk L dalam rona kelabu gelap mendominasi di ruang menonton. Pemilik turut membina ruang duduk-duduk di panel tetingkap buat yang ingin melihat pandangan luar kediaman selain berfungsi sebagai unit simpanan tambahan dibahagian tempat duduk.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
