fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kediaman – Sentuhan Kontemporari Sejati Residence
Palet-Trivia Warna Kabus Biru
Menu Sihat – Resipi Kuskus bersama Salmon
Ilham – Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu
GLAM Deko Sajian – Tafsiran Menu Iitala

Kediaman – Simfoni Kontemporari 20Trees

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan

Kawasan perumahan elit, 20Trees yang terbina sejak 10 tahun lalu di pinggir bukit memberikan pemandangan saujana menghijau bukit Melawati dan Kemensah. Kediaman jenis teres link 3 tingkat ini dimiliki oleh pasangan muda Nadzra Mahmud bersama suami, Dr. Ibrahim Idzham yang baru berpindah masuk sepenuhnya sehari sebelum penggambaran diadakan.

Struktur seni bina moden tropika dipengaruhi oleh persekitaran landskap menghijau dibawa masuk ke dalam kediaman menerusi binaan indoor courtyard. “Asalnya reka pelan courtyard ini dipisahkan oleh binaan pintu lipat (folding doors) dan tetingkap labuh yang mana, kami sepakat untuk menyatukan kegunaan fungsi courtyard ke dalam ruang kediaman,” jelas Nadzra membuka bicara. Limpahan cahaya siang menjadikan visual ruang kediaman lapang dan terbuka. Pilihan jubin geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai courtyard memberi dimensi unik berkarakter. Susun atur perabot alami rotan daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah-tengah ruang.

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pilihan jubin geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai courtyard memberi dimensi unik berkarakter. Susun atur perabot alami rotan daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah-tengah ruang.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse