Kita sering terlepas pandang untuk mengisi ruang kamar dengan elemen-elemen yang memberi manfaat kepada minda, fizikal dan visual. Bayangkan setelah penat berkerja dan pulang ke rumah dalam keadaan bilik yang bersepah dan tidak terurus. Ini bukan langkah bijak untuk merehatkan diri malah menambahkan rasa penat dan serabut sehingga kita berehat di luar kediaman.
Oleh itu untuk menghasilkan satu ruang yang boleh memberi terapi kepada kita, ruang kamar perlu diberi penekanan yang berbeza. Berikut adalah panduan yang boleh diikuti untuk menghasilkan ruang kamar yang selesa, kemas, bersih dan seterusnya memberi terapi terbaik untuk diri.
- Pastikan kedudukan katil tidak mengadap pintu masuk bilik tidur anda.
- Kepala katil boleh diletakkan di bahagian dinding kosong bersebelahan dengan tingkap, atau selari dengan kedudukan dinding kosong (bergantung kepada keluasan dan jenis ruang kediaman)
- Jika ruang tidur anda terhad dan bersaiz kecil elakkan penggunaan lampu tidur atau meja sisi di bahagian kiri dan kanan katil. Satu meja kecil sudah mencukupi.
- Perabot asas bilik tidur perlu lengkap dengan almari baju, meja solek, meja sisi dan yang paling utama katil. Oleh itu perabot yang tidak berkenaan perlu dikeluarkan jika tidak digunakan. Ini dapat memberi ruang agar lebih luas dan sejuk mata memandang.
- Pastikan tempat menyangkut pakaian tidak di letakkan sesuka hati di bahagian bilik tidur. Tempatkan di bahagian yang terlindung atau tersorok dari pandangan mata. Ini bagi mengelakkan rasa sesak ketika anda melabuhkan diri di atas katil.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
