Rutin Kecergasan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza Dipantau Sebaiknya Oleh Garmin FENIX 6
Baru-baru ini, GLAM berkesempatan untuk menyertai GARMIN Wellness Retreat di Glamzspace, Genting Highland di mana pasangan dua sejoli, Aiman Hakim Ridza serta Zahirah MacWilson turut sama menyertai kembara dua hari satu malam ini. Melapangkan jadual yang yang padat dari kesibukan pengambaran, kedua-dua mereka yang juga selaku duta kepada edisi Fenix 6 ini turut disertai dengan beberapa media lain dalam menjalani beberapa aktiviti menyihatkan dan seterusnya tahap kecergasan mereka dan yang lain-lain dipantau oleh GARMIN Fenix 6 yang nyata istimewa.

GARMIN sememangnya satu jenama jam tangan gaya hidup pintar yang menyokong rutin seseorang dalam menawarkan pemantauan berkesan dan kembara GARMIN Wellness Retreat ini sememangnya satu usaha terbaik memperkenalkan spesifikasi terhebat jam tangan ini. Untuk ini, Garmin melancarkan Fenix 6, Fenix 6S dan Fenis 6X melancarkan tiga jam tangan pintar yang menyasarkan individu yang banyak melakukan aktiviti senaman dan luar yang lasak. Antara aktiviti yang dirancang ketika kembara eksklusif ini adalah HIIT, yoga seta hiking.


KEISTIMEWAAN GARMIN FENIX 6
Fenix 6 dan Fenix 6S menawarkan skrin sebesar 1.3″ dan 1.2″ berwarna dengan pilihan skrin yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 3 yang tahan lasak yang mampu bertahan dalam apa jua cuaca dan keadaan muka bumi, malah menyertakan ciri Power Manager yang membolehkan jam bertahan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa hari.

Keduanya hadir dengan fungsi tambahan lain seperti kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah, PacePro yang membantu pengguna melakukan larian terbaik bergantung kepada keadaan, mengesan pola tidur dan bateri tubuh yang memberitahu pengguna jumlah tenaga pada tubuh ketika melakukan aktiviti luar serta membantu pengguna menguruskan jadual senaman, waktu rehat, dan waktu tidur. Keseluruhan Fenix 6 Series didatangkan bersama sokongan GPS sekaligus membolehkan pengguna membaca peta di dalam hutan tanpa memerlukan rangkaian mudah alih seterusnya menyokong fungsi kalis air sehingga kedalaman 100 meter dan lebih tahan lasak menerusi kerangka badan Titanium.
Berikut adalah harga setiap satu koleksi Fenix 6:
Fenix 6S = RM2999 (Sapphire = RM3950)
Fenix 6 = RM2999 (Sapphire = RM3950)
Fenix 6X Sapphire = RM4199
Fenix 6X Pro Solar = RM4699 (Titanium body)
Fenix 6X Pro Solar = RM5699 (Titanium body & bracelet)
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
