Penyelaras : Suhana Desa
Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : AetosX Visual
Penggambaran kediaman kali ini diputuskan atas kerjasama pereka banglo, Nik Ida Juliana daripada firma reka bentuk Ident – 3. Projek mega ini siap dalam masa empat tahun termasuk satu tahun untuk lakaran kasar, reka bentuk pelan, manakala dua tahun diperuntukkan untuk kerja-kerja kasar, binaan landskap dan hiasan dalaman.
Banglo Datuk Seri Aliff Syukri dibina di atas sebidang tanah seluas 40,000 kaki persegi yang dibeli oleh Aliff Syukri pada tahun 2015 lagi. Banglo ini terletak berdekatan dengan banglo lamanya (hanya diselangi beberapa unit banglo lain) yang kini didiami usahawan, Nur Sajat. Pemilik mahu mengekalkan rekaan klasik mewah yang kemudian diterjemahkan semula oleh Ida kepada Royal Modern Classic.
“Aliff Syukri mahukan gaya mewah klasik yang sarat dengan kegemilangan emas di setiap pojok, perabot dan aksesori. Tidak mahu terlalu lemas dalam ukiran baroque dan kemilau emas, saya suntikkan elemen kemodenan menerusi penggunaan material marmar, fabrik polos, mainan corak geometri pada kemasan lantai dan tentunya simbahan warna-warna kusam millennial seperti kelabu dan beige pada dinding-dinding.”
Kebanyakkan perabot dan aksesori yang ada ditempah khas kerana mahu menepati keluasan ruang yang ada. Ada juga yang dibeli lewat kembara oleh pemilik di negara-negara Eropah seperti London, Perancis, Itali dan Sepanyol.
Tonton video house tour kediaman agam Datuk Seri Aliff Syukri yang pertama kali memaparkan keseluruhan ruang-ruang yang ada di banglo megah ini.
Arkib GLAM Deko Oktober 2018
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
