Promosi – Menangi Percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort

Keindahan salah satu dari kamar Vila atas air Avani Sepang Goldcoast Resort bersaksikan panorama laut yang mendamaikan
Avani Sepang Goldcoast Resort
Percutian 3 hari 2 malam di Avani Sepang Goldcoast Resort dengan sarapan dan makan malam romantik untuk dua orang bernilai RM2,608
Avani Sepang Goldcoast Resort, penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang. Dipengaruhi seni bina tropika, Avani Sepang Goldcoast Resort memperlihatkan jalinan kontemporari bersemi natural buat mencipta ambien penuh mempesonakan. Memayungi 315 vila atas air yang diinspirasikan oleh gaya Polynesian kontemporari, Avani Sepang Golcoast Resort menawarkan pilihan vila untuk satu, dua dan tiga bilik.
Keluasan setiap vila bermula dari Vila Superior bersaiz 52 meter persegi, Family Vila bersaiz antara 82 meter persegi dan 232 meter persegi serta Vila dua bilik bersaiz 122 meter persegi. Setiap Vila direka dan dibina di atas air menghadap pemandangan laut yang menjanjikan panorama indah. Reka bentuk dan struktur siling kayu, selain binaan panel, kemasan lantai dan perabot juga dari medium yang sama menterjemahkan penginapan berkonsepkan mood resort kontemporari.
Tidak lengkap penginapan tanpa menikmati sajian enak dan memikat selera. Dengan seleksi enam buah restoran dan cafe buat pengunjung menikmati rasa sebenar kulinari orang tempatan. Berilhamkan gastronomi tempatan, Restoran Sepoi-Sepoi menafsirkan resipi asli dalam cetusan rasa kontemporari. Hai Sang lou, restoran berorientasikan rasa berbeza, Kafe Perahu untuk makan malam romantik, selain Kafe Bila-Bila, Stimbot dan Selat Bar yang pasti mengundang selera semua. Turut disediakan Avani Spa buat membelai dan memanjakan diri dan melarutkan segala lelah di minda.
Bulan ini, GLAM Deko dan Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai peraduan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;
- Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
- Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway
- Tag #avanisepanggoldcoast dan @glamdekomy
- Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima
- Kami akan mengumumkan pemenang yang berjaya pada 15 Mac 2018
Terma & Syarat Penyertaan:
- Promosi ini akan tamat pada 11.59pm, 28 Februari 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 15 Mac 2018 (tertakluk pada perubahan).
- Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
- Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
- Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
- Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
- Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
test instagram
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
