Teks : Shahril Hadi Halim
Dior mencipta satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan seleksi produk kediaman di bawah rangkaian Dior HOME.
Pelancaran rangkaian Dior HOME terbaru ini mengekalkan tahap kesenian tertinggi sebagaimana yang diterapkan oleh pereka ini tatkala menghias kediamannya yang terletak Paris, Milly-La-Foret, dan La Colle Noire di Provence.
Peter Marrino merupakan arkitek yang sering bekerja sama dam seni bina butik Dior turut diberi peluang berkarya apabila dia hadir dengan rangkaian aksesori kediaman tersendiri. Selain Peter, mereka turut menjemput beberapa pereka lain untuk bersama-sama mengilhamkan rangkaian produk yang membawakan gaya signatur jenama ini. Secara keseluruhan terdapat 10 artis dan pereka lain berkongsi idea menghasilkan rekaan untuk melengkapkan rangkaian yang pertama kalinya menemui penggemar jenama ini. Hubert Le Gall, India Mahdavi, Jeremy Maxwell, Yann Debelle de Montby, Michel et Daniel Bismut, Michael Cailloux, Jerome Faillant-Dumas, Veronique Taittinger, Lucie de la Falaise dan Giberto Arrivabene adalah antara mereka yang bertuah kerana diberi peluang untuk menterjemahkan kreativiti mereka sehingga menjadi produk untuk rangkaian terbaru ini. Setiap satu daripada pereka ini menyuntik gaya tersendiri selain menghasilkan varian tertentu mengikut kesesuaian jenama ini.
Selain pereka terpilih, House of Dior turut mengilhamkan sendiri seleksi eksklusif yang direka oleh pereka dalaman mereka.
[soliloquy id=”57767″]
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
