fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Jelajah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) oleh The Hour Glass Tiba di Malaysia
10 Adik-Beradik Selebriti Paling Popular Di Hollywood
Tan Sri Michelle Yeoh Mengukir Sejarah Di Hollywood Walk Of Fame
Ini Sebab Chia Seed Terbaik Untuk Kuruskan Badan Dan Selamat!
Kerabat Diraja Yang Kehilangan Status Demi Cinta, Nafsu & Peraturan
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > The New Samsung Galaxy S20 Is Here!

The New Samsung Galaxy S20 Is Here!

The new future is finally here! Samsung kini kembali memperkenalkan bintang terbarunya iaitu siri Galaxy S20. Sewaktu Samsung Galaxy Unpacked 2020, Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra diperkenalkan buat pertama kali untuk tatapan umum. Kali ini Samsung Galaxy S20 memperkenalkan seni bina kamera baru yang menggabungkan AI dengan sensor imej terbesar Samsung untuk menghasilkan kualiti imej yang menakjubkan. Galaxy S20 menjadikan pengalaman penggunaan telefon pintar lebih mudah dan menarik dengan inovasi terkini rekaan jenama tersebut.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Future Of Communication

Dengan 5G, satu dekad baru untuk inovasi telefon mudah alih sudah bermula. Demi untuk memanfaatkan sambungan generasi baru ini, setiap peranti dalam siri Galaxy S20- Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra telah dilengkapi dengan teknologi berkenaan. Galaxy S20 + dan Galaxy S20 Ultra adalah peranti pertama yang mampu memberikan pengalaman mudah alih secara menyeluruh yang dimanfaatkan oleh kedua-dua sub-6 dan mmWave. Manakala, Galaxy S20 pula menyokong sambungan sub-6.3. Ketiga-tiga peranti ini mampu menyampaikan keupayaan 5G yang tidak mandiri dan juga mandiri.

 

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse