Dalam era pandemik ini, sofa muncul sebagai simbol status utama kepada seni dekorasi dalaman yang terus menjadi obsesi terbaharu buat selebriti dan bintang media sosial terkenal untuk latar foto mereka di Instagram.
Kala dunia mengalami lockdown disebabkan oleh pandemik Covid-19, pelbagai obsesi baharu telah muncul mewarnai laman media sosial. Di Instgaram, sofa kini menjadi simbol yang menjadi latar kepada setiap gambar milik selebriti terkenal dan juga bintang media sosial. Dan desain sofa Camaleonda oleh Mario Bellini, sofa Togo oleh Michael Ducaroy dan sofa Terrazza oleh Ubald Klug antara yang mencuri perhatian kerana menampilkan rekaan yang unik dan kekal klasik.

Awal Februari lalu, model dan pengacara, Chrissy Teigen telah secara tidak sengaja mencetuskan obsesi baharu ini selepas dia berkongsi sebuah gambar di Instagram. Isteri kepada penyanyi “All of Me”, John Legend itu menggayakan rangkaian pakaian tidur terbaharunya, Chill by Cravings di atas sofa Camaleonda yang tampak cukup selesa. Desain Mario Bellini itu adalah sebuah karya yang kompleks, dalam mengetengahkan gaya Itali yang menyatukan elemen antara manusia dan alam.
Rekaan unik Togo oleh Michael Ducaroy, serta Terrazza oleh Ubald Klug turut menjadi pilihan utama dalam menghiasi latar foto Instagram milik bintang media sosial. Antaranya penata gaya dan pengarah kreatif, Pernille Teisbaek yang banyak menggunakan sofa sebagai ‘prop’ fotonya di rumah. Adakalnya, ia menjadi fokus utama kerana reka bentuk dan warna yang cukup menawan.

Pandemik yang melanda dunia telah memaksa ramai untuk bekerja di rumah, dan ia secara langsung telah memberikan fokus pada seni dekorasi rumah. Ruang tamu kini mempunyai multi-fungsi yang sangat mementingkan aspek keselesaan untuk bekerja dan juga sebagai ruang hiburan. Sofa adalah item dekorasi terpenting, selain menjadi ‘pentas’ kepada selebriti dan bintang media sosial untuk menjalan penggambaran dalam rumah yang berkesan.
Foto: Domo.com.au
Baca lebih lanjut: 4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
