Musim kemarau – musim kebakaran. Ambil perhatian dan teliti perkara – perkara di sekitar rumah punca kebakaran secara tidak sengaja.
[soliloquy slug=”52570″]
- Saluran Longkang
Longkang tidak hanya mengalirkan air hujan yang bertangkung. Kandungan dedaun kering, bangkai serangga atau binatang kecil yang tidak diselenggara sebaiknya boleh menjadi punca kebakaran di rumah. Jangan sesekali membuang putung rokok di dalam saluran longkang kering. Periksa juga saluran longkang bumbung. Tidak hanya mengundang kebakaran, kawasan ini juga menjadi tempat persembunyian binatang dan serangga liar.
2. Keretakan Kecil
Pastikan anda membaik pulih kerosakan kecil seperti keretakan, jubin pecah, hilang atau atap bocor dengan segera. Perkara ini antara punca utama kebakaran mudah merebak ke seluruh rumah dengan cepat. Ini kerana bara api terlindung di kawasan-kawasan ini dan menjadikan api marak lebih cepat.
3. Daun Kering
Sapu halaman rumah secara berkala. Daun kering, sampah-sarap yang berteraburan di sekitar rumah boleh merebak api dengan marak dan cepat.
4. Periksa Bumbung Rumah
Pemeriksaan bumbung secara berkala dapat mengenal pasti kerosakan material, saluran atau bocor. Membaik pulih kerosakan atau kebocoran bumbung dapat mengelakkan punca bara api terjadi dengan mudah.
5. Panel Tetingkap Berganda (Double Pane Windows)
Salah satu pelaburan berbaloi dalam memastikan keselamatan penghuni terjamin apabila terjadi kebakaran. Api tidak mudah masuk ke dalam kediaman kerana cermin tetingkap yang ada tidak mudah pecah. Jika cermin tingkap pecah, masih ada lapisan perlindungan.
6. Perabot Luar
Perabot landskap diperbuat daripada kayu, rotan dan hampagas kayu-kayan murah, yang mudah terbakar. Alas kaki rotan mudah terbakar dan mengumpul bara api lalu mempercepatkan proses kebakaran di bahagian porch dan bahagian depan rumah.
7. Tumbuhan Landskap
Sememangnya kebanyakkan tumbuhan mudah terbakar. Namun, tumbuhan yang mengandungi sap atau resin lebih cepat terbakar dan merebak api seperti pokok maple Jepun. Tumbuhan yang lebih selamat adalah jenis bunga-bungaan seperti hydrangea, mawar dan lili. Selenggara taman landskap agar tiada tumbuhan mati dan kering.
8. Dek Kayu
Tukar material dek kayu kepada bahan lebih selamat yakni kayu komposit atau aluminium walaupun agak mahal.
9. Kemaskini Stor
Pastikan anda tidak menyimpan bahan mudah terbakar seperti gasoline di dalam stor!
10. Teratur dan Kemas Setiap Ruang Kediaman
Ruang yang berselerak dan dipenuhi barang menyukarkan pergerakan. Apabila berlaku kemalangan seperti lintas pintas atau apa jua pastikan penghuni mudah untuk melarikan diri tanpa sebarang halangan yang boleh menambah kecederaan.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
