Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Perabot)
Fesyen tidak hanya terhad kepada persalinan indah yang digayakan pemiliknya. Hari ini ramai menganggap ia sebagai satu gaya hidup. Dalam memenuhi tuntutan material pasaran hari ini, jenama fesyen unggul memberi persaingan dalam dunia rekaan hiasan dalaman dangan membawakan perabot rekaannya buat penggemar sejati jenama ini. Rekaan tersendiri membawakan pelbagai ideologi namun msih berpaksikan identiti asal rumah rekaan mereka. Tanpa mengabaikan elemen fungsi, setiap rekaan sememangnya menampilkan karakter tersendiri.

Meja konsol Glam ini tampil mewah menempati kamar beradu. Lihat sendiri di butik Armani/Casa, Starhill.
Armani/Casa
Jenama ini sebenarnya telah lama menghiasi dunia hiasan dalaman. Mereka turut melibatkan diri dalam pameran sedunia yang berkisar mengenai hiasan dalaman yakni Salone Del Mobile yang berlangsung setiap tahun di Milan. Tidak hanya mengehadkan kepada rekaan perbot, pereka turut membawakan seleksi aksesori kediaman, manisan (Armani/Dolci) dan gubahan bunga (Armani/Fiori) mengikut identiti tersendiri. Minimalis namun kekal elegan dan mewah, itulah tafsiran saya setiap kali melihat jenama ini hadir dengan koleksi terbaru.

Kerusi La Coupe des Dieux antara rangkaian perabot terbaru yang diperkenalkan Versace di Milan tahun ini.
Versace
Seperti yang kita sedia maklum, Mendiang Gianini Versace sememangnya mempunyai visi menyeluruh tentang jenamanya. Kediamannya dan hotel jenama ini membawakan seleksi penuh rangkaian perabot Versace. Selain perabot, set pinggan mangkuk mereka sentiasa membawakan gaya signatur jenama ini. Donatella Versace terus menghidupkan gaya kemewahan cetakan Medusa dan gaya Rococo dan pengaruh Baroque.

Kemasan marmar coklat menjadi pilihan untuk meja daripada Bottega Venetta ini.
Bottega Venetta
Clean lines bersama siluet ringkas sememangnya identiti teras jenama ini. Ia turut dijelmakan pada rekaan perabotnya. Namun begitu, nilai estetika yang tinggi selain craftsmanship terbaik tetap dikekalkan untuk memastikan ia bergerak seiring koleksi fesyen mereka. Paduan antara rona terang bersama tona bumi dan ketelitian perincian mereka menjadi sebab utama mengapa jenama ini kekal diminati penggemarnya.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
