Sajian – Resipi Mudah One Pot Pasta – Pasta Ratatouille
Malam berkerja tetapi masih mahukan masakan rumah tetapi malas mengemas. No buts no more! Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh.
Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Lima jenis hidangan yang dimasak dalam satu periuk tanpa perlu menumis untuk anda cuba di rumah sebagai hidangan makan tengahari atau malam. Jika ada lebih, boleh bawa sebagai bekal untuk makan tengahari di pejabat keesokkannya.
Pasta Ratatouille

Bahan – bahan
250 gm pasta berbentuk spiral
1.5 cawan stok sayur – sayuran
1 biji bawang besar dihiris nipis
5 biji bawang putih dihiris nipis
2 tangkai daun basil
1 bunjut garni (daun parsli, thyme, daun salam)
2 sudu besar pes tomato
1 tin tomato cincang
1 biji zukini dipotong dadu
1 biji terung (aubergine) dipotong dadu
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Keju parmesan
Cara menyediakan
- Masukkan kesemua bahan kecuali keju parmesan ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
- Kacau pasta agar tidak melekat.
- Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
- Keluarkan bunjut garni dan tangkai daun basil.
- Perasakan garam dan lada hitam secukup rasa
- Taburkan keju parmesan untuk menghidang.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
