Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.
Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

Slide untuk lihat gambar.
11 April 2018
Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Colombo sangat teruja dirasakan. Setelah 3 jam 30 minit penerbangan dari Kuala Lumpur, saya akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike International Airport. Ketibaan saya disambut oleh Mr Rana, yang merupakan pemandu pelancong sepanjang berada di Sri Lanka. Dari lapangan terbang antarabangsa ini, saya dibawa ke Yala yang mengambil masa perjalananan selama 5 jam 30 minit menggunakan lebuh raya dan kawasan kampung.

Kenderaan pacuan empat roda jip menepati keadaan jalan tanah merah dan berbatu sepanjang menuju ke Yala National Park.
Saya perlu melalui perkampungan Hambantota yang mengambil masa 1 jam untuk tiba ke Yala National Park. Disebabkan kedudukan Yala National Park agak terpencil dan jauh ke dalam hutan, selain menjaga privasi dan mengekalkan keaslian hutan, saya perlu dijemput di check point yang telah dijanjikan. Pengembaraan kali ini semakin mencabar kerana laluan yang kecil, permukaan jalan tanah merah yang tidak rata dan dipenuhi pelbagai spesis pokok hutan dan tumbuhan renek yang menemani sepanjang perjalanan sebelum tiba ke The Naturalist Safari Camp Yala, yakni ruang penginapan yang berkonsepkan ruang perkhemahan.

Pengarah Seni, Afiq Khairudin mengabadikan kenangan di ruang penginapan glamping di Yala National Park.
Arkib GLAM Deko Jun 2018
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
