Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.
Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

Slide untuk lihat gambar.
12 April 2018
Hari kedua pengembaraan bermula seawal jam 5.30 pagi. Kami menaiki pacuan empat roda untuk meneroka keindahan dan keunikan Safari di Yala International Park. Biarpun terdetik rasa gundah dengan ancaman binatang liar, namun rasa teruja melebihi segalanya ketika menyaksikan binatang liar yang bebas berkeliaran di depan mata. Lawatan Safari ini mengambil masa selama 4 jam sebelum berangkat balik ke khemah untuk sarapan pagi dan bersiap untuk check out ke lokasi seterusnya.

Rusa bebas berkeliaran di perkarangan kawasan lapang safari.

Pemandu pelancong, Mr Rana siap menanti untuk membawa saya ke Galle Fort yang terletak di bahagian Barat Selatan Sri Lanka yang mengambil masa selama 4 jam. Perjalanan ini turut memasuki ke kawasan Galle Fort, iaitu kota lama yang dijajah oleh kerajaan Dutch dan dibaikpulih seni bina lama. Di Galle, saya bermalam di The Bungalow yang baru beroperasi selama setahun. Terbina dari struktur bangunan lama, The Bungalow diubahsuai membentuk ruang penginapan yang sangat cosy dan chic. Suasana malam di Galle Fort sangat dingin disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan pantai.

Ruang lobi hotel The Banglow, Galle Fort mengangkat seni dekorasi shabby chic.
Arkib GLAM Deko Jun 2018
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
