Related Stories
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioAlly Mukhriz atau nama penuhnya Meera Alyanna Mukhriz, cucu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Ally telah mendirikan rumah tangga dengan Ezran Daud Cheah pada 20 Februari 2020 dan pada ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam, mereka berkongsi bakal menerima ahli baru dalam keluarga kecil mereka. Namun seperti ramai pasangan lain, perjuangan mereka untuk mendapatkan zuriat bukanlah sesuatu yang mudah.
Membina keluarga kecil
Pada tahun 2024, Ally mula melalui beberapa siri pemeriksaan kesuburan dan hasil dari pemeriksaan itu, dia disahkan menghidapi endometriosis, di mana tisu yang biasa berada di dalam rahim tumbuh di luar rahim. Keadaan ini sering menyebabkan kesakitan serta boleh memberi kesan kepada kesuburan wanita.
Ally juga mendapati bahawa cyst endo pada ovari menyebabkan folikel telurnya sukar diakses, menjadikan proses rawatan fertiliti lebih mencabar. Jadi, untuk proses persenyawaan, dia menjalani prosedur laparoskopi pada April 2025 untuk membuang cyst tersebut. Selepas pemulihan, Ally dan suaminya memutuskan untuk meneruskan rawatan fertiliti dengan bantuan teknologi.
Pada Jun 2025, Ally memulakan proses persenyawaan in-vitro (IVF), satu teknik bantuan kesuburan yang sering menjadi harapan kepada pasangan yang menghadapi kesukaran untuk hamil secara semulajadi. Proses rawatan ini melibatkan beberapa langkah termasuk rangsangan hormon, pemantauan folikel, dan akhirnya pengambilan telur. Pada 11 Julai 2025, Ally menjalani prosedur pengambilan telur (egg retrieval) sebagai sebahagian daripada proses IVF tersebut.
Selepas beberapa minggu penuh harapan dan doa, Ally mendapati keputusan positif pada ujian kehamilan air kencing. Bagaimanapun, dia pada awalnya cuba untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana keputusan awal itu berpotensi memberi harapan palsu. Bagi mendapatkan kepastian, dia kemudian menjalani ujian darah, dan hasilnya mengesahkan bahawa dia hamil.
Berita kehamilan ini kemudian dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan termasuk datuk dan neneknya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, yang turut berkongsi rasa syukur dan kegembiraan.

Ally juga berkongsi bahawa dia bakal melahirkan anak sulung mereka pada Ogos 2026. Kami di GLAM mendoakan agar kehamilan Ally dipermudahkan dan selamat sehingga melahirkan. Tahniah!
Artikel Berkaitan:Â 7 Perkara Tentang Ally Mukhriz Yang Ramai Tidak Tahu
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
