Tidak sabar untuk menonton Black Pather: Wakanda Forever walaupun tanpa Chadwick Boseman, kita tahu filem ini tetap akan menjadi filem blockbuster.
Beberapa hari yang lalu, berlangsungnya tayangan perdana khas Black Panther: Wakanda Forever di El Capitan Theatre. Menyaksikan bintang seperti Lupita Nyong’o, Letitia Wright, Danai Gurira, Winston Duke, Angela Bassett, Rihanna, A$AP Rocky dan ramai lagi bersama pengarah Ryan Coogler serta penerbit Kevin Feige. Ramai menantikan sekuel Black Panther ini selepas hilangannya bintang utama, Chadwick Boseman, yang telah meninggal dunia pada tahun 2020.
Namun, setelah pengumuman filem sekuel ini bakal ditayangkan pada 11 November, peminat terus berdebar dan tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya hasil filem ini tanpa heronya. Yang penting, segala persoalan anda mungkin terjawab selepas menonton teaser pertama yang dikeluarkan filem Marvel ini.
Di dalam teaser ini, permulaan video anda akan dapat lihat alunan lagu “No Woman, No Cry” dimainkan dengan latarbelakang Nakia (watak lakonan Lupita Nyong’o), bekas kekasih T’Challa (lakonan Chadwick Boseman) berdiri sendiri di tepi laut memandang terus ke arah matahari terbenam. Kemudian, muncul Ramonda serta Okoye. Ada juga babak di mana Ramonda bersuara lantang menyebut “Akulah permaisuri kerajaan paling berkuasa di dunia, dan seluruh keluargaku telah tiada. Bukankah aku telah memberikan segalanya?”

Gambar: Getty Images
Sewaktu di karpet merah tayangan perdana Black Panther: Wakanda Forever, dapat disaksikan antara barisan pelakon yang hadir tampil memberi penghormatan kepada Chadwick Boseman. Letitia Wright hadir menyarung suit Alexander McQueen dengan tatahal batu kristal mimik gaya Boseman ketika menghadiri anugerah Oscar Tahun 2018 yang mengenakan Givenchy ketika itu. Tidak cukup di situ, Letitia juga melakukan lagak gaya signatur Wakanda, seperti yang dilakukan Boseman. Manakala Pengarah Ryan Coogler tampil dengan aksesori rantai tag berserta tatahan gambar Boseman.
Pautan Berkaitan: Julia Roberts Dedah Pertaliannya Dengan Martin Luther King Jr.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
