Related Stories
Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Malaysia Pertama Bintangi Filem Adiwira Marvel
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, dan filem-filem hebat lakonannya juga tidak perlu disenaraikan – bukan calang-calang!
Selepas kejayaan Crazy Rich Asians, dia kini mengesahkan akan berlakon dalam satu lagi filem hebat, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings iaitu filem adiwira Marvel Asia yang pertama. Lebih membanggakan, dia merupakan pelakon Malaysia pertama yang terlibat dalam karya Marvel Cinematic Universe.
Berita gembira itu dikongsikannya dalam laman Instagram miliknya.
“Akhirnya, rasmi, saya akan menjadi sebahagian daripada filem adiwira Shang-Chi. Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang memastikan kami selamat ketika situasi sukar ini. Terima kasih Sydney untuk langkah pencegahan dan peraturan penjarakan sosial yang lancar. Ia adalah satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula yang menakjubkan bersama kawan-kawan lama dan satu peluang yang indah. Ingat, bersatu kita teguh dan akan kuat dan lebih kuat. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua nanti,” tulisnya.
Michelle Yeoh akan memegang watak sebagai Jiang Nan, di samping Simu Liu yang membawa watak utama, Shang-Chi. Antara bintang lain yang turut terlibat adalah Awkwafina, Tony Leung, Meng’er Zhang, Fala Chen, Florian Munteanu dan seorang lagi bintang komedi dari Malaysia, Ronny Chieng.
Foto: Rob Latour/REX/Shutterstock
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
