Elizabeth Tan Selamat Bergelar Isteri Dalam Majlis Tertutup
Teki-teki mengenai status diri pelantun lagu Semua Sudah, Elizabeth Tan kini telah terjawab.
Sejak sabtu lalu, foto-foto Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy bersama seorang jejaka dalam busana perkahwinan tular di media sosial. Ini mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat adakah penyanyi ini telah mendirikan rumah tangga.
Spekulasi ini menjadi lebih kuat apabila peminat mendapat tahu bahawa foto tersebut dikongsikan oleh bapa Elizabeth sendiri, David Tan Suan Chew di Facebook.
Dan semalam, penyanyi itu mengesahkan bahawa spekulasi yang tersebar adalah benar. Dia kini telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Siew Jim.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja di Gombak pada Sabtu lalu dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu sahaja.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan saya sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat saya sahaja,” ujarnya.
Dia turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan berkongsi berita mengenai hari bahagianya bersama peminat, juga kerana tidak melayangkan sebarang undangan kepada pihak media. Katanya, majlis ini merupakan sesuatu yang sangat peribadi buatnya.
“Saya memang rancang nak umum kepada semua apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan hal perkahwinan kerana merasakan ini adalah isu kecil sahaja.

“Sekali lagi, saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga lain, media dan rakan-rakan terdekat.
“Bagi saya, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa pun. Saya masih orang yang sama. Saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” tambahnya.
Salam tahniah daripada Glam!
Foto: Top10malaysia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
