Related Stories
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Landskap layar perak bakal dihiasi dengan ketibaan filem romantik komedi baharu lakonan Nia Atasha, Yusof Hashim dan Fazziq Muqris berjudul Kata Hati. Mengangkat jalan cerita yang unik tentang perjalanan kisah cinta antara seorang selebriti popular dan pemandu e-hailing, ia pasti masuk ke dalam senarai must-watch semua!
Filem Kata Hati hadir sebagai sebuah naskhah segar yang menyatukan elemen percintaan, humor dan realiti kehidupan moden dalam satu penceritaan yang dekat dengan jiwa penonton. Filem terbitan Wayangworks Sdn. Bhd. dan Filmscape Sdn Bhd. itu memaparkan realiti yang berlaku dalam dunia sebenar kehidupan seorang selebriti popular. Tidak mengangkat kisah romantik yang klise, filem ini tampil dengan kelainan tersendiri dalam industri perfileman tempatan Malaysia menerusi naratif yang menghiburkan. Namun, ia tetap boleh menyentuh emosi penonton.
Romansa Unik Yang Sarat Emosi

Kata Hati mengisahkan Ayra Natasha (Nia Atasha), seorang pelakon popular yang sedang meningkat naik, terutama selepas kemunculan sulungnya dalam filem aksi berskala besar bersama Zayn Mikhail (Fazziq Muqris). Namun, kehidupannya mula berubah apabila satu insiden memalukan ketika malam pencalonan anugerah berprestij menjadi tular dan merosakkan imejnya.
Dalam kekecohan itu, Ayra bertemu Imran Firdaus (Yusof Hashim), seorang pemandu e-hailing yang tidak terpengaruh dengan dunia glamor selebriti. Keadaan kemudian berubah apabila Imran dipujuk oleh Maya (Scha Alyahya), yang juga kakak dan pengurus Ayra, untuk menjadi pemandu peribadinya.
Ilham Kisah Cinta Di Sebalik Dunia Layar Perak

Terinspirasi daripada pengalaman dalam industri serta pemerhatian terhadap perbezaan antara persona yang ditampilkan di hadapan kamera dengan kehidupan sebenar di sebalik lensa, pengarah Nadia Hamizah menampilkan Kata Hati sebagai sebuah filem romantik moden dengan elemen percintaan yang penuh konflk. Tambahan lagi, Juliana Foo selaku penerbit eksekutif turut berkongsi bahawa filem ini sesuai untuk diterbitkan pada masa ini memandangkan penonton sudah terlalu banyak disajikan dengan naskhah bercorak aksi dan seram. Ini sekali gus menghadirkan elemen keunikan kepada filem ini.

Filem Kata Hati tampil sebagai sebuah filem modern fairy tale yang diserikan dengan elemen high-stakes romance, sekali gus menjanjikan pengalaman tontonan yang indah dan penuh makna kepada penonton di pawagam. Nadiah Hamzah selaku pengarah turut berkongsi bahawa daya tarikan utama naskhah ini terletak pada kepelbagaian rasa dan emosi yang diadun dengan baik dalam sebuah penceritaan yang segar dan istimewa.
Barisan Pelakon Hebat Menghidupkan Naskhah

Berkenaan pemilihan pelakon, Nia Atasha, Yusof Hashim dan Fazziq Muqris telah dipilih menerusi sesi uji bakat sebagai teraju utama, meskipun mereka merupakan antara pendatang baharu dalam dunia layar perak. Mereka turut digandingkan dengan nama-nama popular seperti Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman, selain diserikan dengan penampilan cameo daripada beberapa figura terkenal tanah air termasuk Beto Kusyairy, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Nina Kho dan Shweta Sekhon. Filem Kata Hati akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Jun 2026.
Artikel berkaitan: Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
