Mulakan definisi baharu kepada kehidupan yang penuh ekstravaganza dan keselesaan dengan seleksi produk gaya hidup mewah yang mampu dimiliki semua daripada Plush.
Lahir daripada idea dua sahabat baik, Noor dan Zi Ling yang mementingkan segalanya ekstravaganza dan keselesaan, Plushlife.my adalah stor atas talian yang didedikasikan kepada produk kecantikan serta gaya hidup serba mewah. Berbeza dengan perkataan ‘Plush, ia memberikan definisi baharu kepada kehidupan mewah dengan menawarkan seleksi produk mewah yang mampu dimiliki semua.

Pelancaran Plush membuka langkah baharu dalam memberikan penekanan kepada kualiti kehidupan yang sebenar. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia kini yang menyaksikan hampir semua telah menerima impak dan terkesan daripada Covid-19. Dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan dan ramai yang terpaksa berada di rumah, Plush mempunyai misi untuk menawarkan sentuhan kemewahan kepada semua lapisan masyarakat terus dari keselesaan rumah masing-masing.

Salah satu kepercayaan utama Plush adalah semua orang layak dimanjakan, berasa relaks dan berehatkan diri pada setiap penghujung hari, self-care is self-love. Oleh sebab itu, mereka menghasilkan variasi produk seperti sarung bantal dan set pelitup mata tidur yang mampu dimiliki oleh semua untuk memberikan definisi rutin tidur dan kecantikan baharu. Lebih menyeluruh, ia juga memberikan pengalaman dan servis personal untuk setiap produk.
Walaupun ramai kini lebih berhati-hati dalam perbelanjaan sejak pandemik ini, ia turut menyaksikan peningkatan kepada pengguna yang mahu memanjakan diri. Lantas, Plush menghadirkan pilihan alternatif dalam harga yang lebih mesra. Ringan, breathable, dan berkualiti antistatik, produk Plush dihasilkan daripada viscose composite iaitu campuran satin yang selembut sutera dan mampu dimiliki.

“Idea di sebalik jenama ini adalah untuk meningkatkan fungsi yang dilakukan semua setiap hari dengan menawarkan produk yang berkualiti untuk memberikan keselesaan di rumah, tidak kira ketika tidur pada tengah hari mahupun berehat pada waktu malam. Kami menyedari perkara yang mudah yang benar-benar indah dalam kehidupan kini lebih penting dalam keadaan yang tidak menentu kini,” kata Puteri Noor Afzan.
“Memanjakan diri dan tidur yang sempurna cukup penting untuk kesihatan yang baik. Oleh itu memberikan nafas baharu kepada tidur anda dengan Plush dapat memberikan manfaat keseluruhan hari anda. Disatukan dengan faktor personafikasi di Plushlife.my, ia sesuai dijadikan hadiah yang lebih personal dan mesra, sebagai tanda cinta dan pelaburan yang cukup bermakna,” kata Zi Ling.

Kedua-dua usahawan wanita muda ini memulakan Plush pada tahun ini agar semua mampu memulakan Langkah kepada kehidupan yang penuh kemewanahan bersama. Ia bukan hanya hanya satu pembelian, tetapi sebagai pelaburan yang akan bertahan walaupun selepas pandemik nanti. Layari Plushlife.my di sini.
Foto: Plush
Baca lebih lanjut: Dior And Roses
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
