Sejarah Hitam Tiga Permata Milik Monarki Britain
Istiadat pertabalan yang berlangsung 6 Mei lalu menyaksikan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menggayakan beberapa mahkota permata Diraja.
Walaupun perhiasan kebesaran Diraja itu amat mempesona, beberapa permata mewah yang menghiasi mahkota tersebut mewakili sejarah hitam imperialisme Empayar British. Kini, monarki yang baru ditabal menjadi Raja berdepan desakan untuk menghantar pulang ‘khazanah’ itu kepada negara asal.
Menjelang pertabalan Raja Charles, Istana Buckingham memberi jaminan bahawa Permaisuri Camilla tidak akan memakai berlian Koh-i-noor penuh kontroversi pada hari bersejarah itu. Sebaliknya dia menggayakan berlian Cullinan, koleksi permata yang dikaitkan dengan sejarah kolonial Britain di Afrika Selatan. Tidak lupa juga sebentuk lagi permata kontroversi, berlian Lahore. Buat kebanyakan orang yang negaranya pernah dijajah Britain, berlian-berlian ini termasuk mahkota permata Diraja adalah peringatan kepada eksploitasi sejarah yang menyakitkan.
Ayuh selami sejarah hitam di sebalik mahkota permata Diraja Britain.
Berlian Koh-i-Noor
Walaupun asal usul Koh-i-Noor atau Kohinoor tidak diketahui, rekod pertama kemunculannya adalah pada 1628. Maharaja Empayar Mughal, Shah Jahan menyemat batu delima Timur dan berlian Koh-i-Noor, dua permata paling bernilai sepanjang zaman pada mahkotanya. Empayar Maharaja Shah Jahan terbentang luas dari kawasan yang kini dikenali sebagai India, Bangladesh, Pakistan sehinggalah Afghanistan Timur. Ketika itu Empayar Mughal merupakan antara yang terkaya dan berkuasa di dunia. Salah satu wilayahnya (kini India) adalah sumber berlian dan permata terbesar selama berabad-abad.

Foto: Shutterstock
Pada 1739, Empayar Parsi menyerang ibu kota Mughal di Delhi dan meninggalkan kawasan perang dengan limpahan emas dan permata. Ini termasuk Koh-i-Noor yang ketika itu disemat pada seutas gelang lengan milik maharaja. Pada tahun 1800-an, berlian tersebut dimasukkan ke dalam warisan pusaka Empayar Sikh buat Putera Duleep Singh yang ketika itu baru berusia 10 tahun.
Berazam untuk mendapatkan permata India, Syarikat Hindia Timur memenjarakan ibu Putera Duleep Singh pada 1849. Dia terpaksa menandatangani perjanjian untuk menyerahkan Koh-i-Noor bersama-sama harta warisan kerabat bagi membebaskan ibunya. Berlian itu kemudiannya menjadi harta pusaka Ratu Victoria dan disemat pada mahkotanya sejak berabad lalu. Gesaan untuk ia dipulangkan kepada India semakin meningkat sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 2022.

Foto: AP
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
