fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua
Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021
GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Self-Care Mewah di Urban Retreat Onsen Spa
Iya, Palet Rasanya Sebegitu Hebat
Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun

Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang Hugh Grosvenor mahupun melihat foto wajahnya. Tetapi seawal usia 25 tahun, dia telah pun mewarisi gelaran Duke of Westminster dan mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang sangat luas.

Kini pada usia 32 tahun, Hugh Grosvenor bergelar individu terkaya bawah 35 tahun di United Kingdom dengan nilai kekayaan RM59 bilion. Walaupun memiliki kekayaan luar biasa dan hubungan dengan kerabat Diraja, Duke of Westminster menikmati kehidupan jauh dari perhatian. Dia dilaporkan sibuk menyelia harta pusaka, terlibat dalam kerja amal keluarga dan bersaing dalam pertandingan menembak skit.

Glam kongsikan beberapa perkara menarik mengenai Hugh Grosvenor.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Asal Usul Keluarga

Hugh Grosvenor dilahirkan pada 29 Januari 1991 dalam keluarga pasangan suami isteri, Gerald Grosvenor dan Natalia. Ibunya adalah daripada keturunan penyair Rusia, Alexander Pushkin dan Raja George II, menurut laporan London Evening Standard. Walaupun mempunyai dua kakak perempuan, dia mewarisi gelaran dan hartanah keluarga mengikut tradisi abad ke-11 yang menamakan anak lelaki sebagai pewaris. Bagaimanapun kakak dan adik perempuannya tetap menerima dana amanah.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse