Related Stories
GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran
Tentu sekali ramai yang mengenali pempengaruh dan ahli perniagaan kosmetik terkenal Malaysia, Tyra Kamaruzzaman. Dengan lebih 500 ribu pengikut di Instagram, pasangan suami isteri ini sering berkongsi detik-detik manis kehidupan mereka, termasuk perjalanan kehamilan Tyra yang penuh inspirasi.
Pada 19 Januari 2025, Tyra Kamaruzzaman dan suaminya, Emran, telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Tyara Binti Emran. Berita gembira ini diumumkan melalui sebuah hantaran istimewa di Instagram, memaparkan foto keluarga kecil mereka yang penuh kebahagiaan.
Pasangan ini turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi atas kurniaan zuriat perempuan yang melengkapkan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga. Kehadiran Tyara disambut dengan penuh kasih sayang dan doa agar dia membesar menjadi anak yang solehah, membawa kebahagiaan kepada keluarga, dan sentiasa diberkati di setiap langkahnya.
Pasangan ini menerima banyak ucapan tahniah atas kehadiran puteri sulung mereka. Sebagai ibu bapa baharu, mereka juga telah membuka akaun Instagram untuk puteri mereka dengan menggunakan gambar profil berasaskan AI.
Pada awal tahun 2025, Tyra menceritakan pengalamnnya tentang kehamilannya menerusi akaun TikTok miliknya. ” Saya mengalami kenaikan berat badan sebanyak 14kg, dan perubahan pada wajah saya sangat ketara. Hidung saya kelihatan seperti roti yang mengembang, pipi saya membulat seperti Tako Tao, dan bibir saya pula, tanpa disangka, menyerupai selipar jamban.” Tyra tidak menyangka bahawa dirinya berubah secara drastik di akhir fasa kehamilan.
@tyrakmrzzmnsaya naik berat 14kg. hidung saya macam roti naik. pipi saya macam tako tao. bibir saya macam selipar jamban
Selamat datang ke dunia, Tyara Binti Emran! Semoga perjalanan hidupmu penuh dengan keberkatan dan kasih sayang.
ARTIKEL BERKAITAN: Koleksi Kiss & Tell oleh TK by Tyra Meraikan Keanggunan Feminin Yang Berani
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
