Related Stories
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
Tarung: Unforgiven bukan sekadar filem, ia adalah satu pengalaman yang wajib ditonton bagi mereka yang dahagakan kualiti sinematik tahap tinggi.
Tarung: Unforgiven, sentuhan terbaharu pengarah berwawasan Razaisyam Rashid, hadir sebagai satu bentuk karya seni yang menggabungkan elemen estetika, emosi mendalam, dan teknologi audio yang belum pernah dicapai oleh mana-mana filem tempatan sebelum ini. Dibintangi oleh Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Ubai Amir, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 Mei 2026 di pawagam seluruh Malaysia dan ia juga merupakan filem pertama Aedy Ashraf sebagai penerbit filem.
Sinopsis Dendam & Penebusan
Cerita bermula apabila Hatta (Mierul Aiman), seorang bekas juara silat yang diburu oleh dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Demi menyelamatkan nyawa kakaknya, dia terpaksa kembali ke dunia gelanggang haram yang pernah memusnahkan hidupnya. Situasi menjadi getir apabila lawan yang menantinya di kemuncak adalah Isa (Aedy Ashraf), bekas sahabat baiknya sendiri. Ia bukan lagi tentang siapa yang menang, tetapi tentang memaafkan diri sendiri dan berdepan dengan ‘setan’ dalam diri.
Keunggulan Sinematik Malaysia

Apa yang meletakkan Tarung: Unforgiven Sebagai filem tempatan pertama yang menembusi pawagam Dolby Atmos dengan teknologi audio paling canggih, penonton bukan sekadar melihat aksi, tetapi ‘berada’ di dalam setiap babak. Setiap bunyi tumbukan, hembusan nafas, dan deruan angin diatur dengan ketelitian sonik yang memberikan dimensi realisme luar biasa. Ia adalah satu evolusi besar bagi industri tempatan yang kini berdiri megah setanding piawaian Hollywood.
Wajah Wanita Di Sebalik Aksi

Di sebalik keghairahan aksi fizikal para pelakon lelaki, kehadiran pelakon wanita seperti Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah memberikan jiwa kepada filem ini. Azira membawakan watak Aisha dengan penuh keanggunan namun rapuh, manakala Sharifah Sakinah sekali lagi membuktikan versatiliti lakonannya yang penuh karisma. Mereka bukan sekadar watak pemanis skrin, tetapi mereka adalah penggerak emosi yang menjadikan naskhah ini lebih daripada sekadar pertarungan otot.
Bagi peminat seni layar perak yang mendambakan sesuatu yang segar, inilah masanya untuk anda menyaksikan sendiri bagaimana sebuah dendam dan maruah diterjemahkan ke dalam bentuk seni yang cukup agung. Jangan sekadar mendengar cerita, rasai sendiri getarannya di pawagam.
Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
