Related Stories
ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo
Dalam merasai pengalaman digital buat generasi muda, Salvatore Ferragamo mempersembahkan permainan penyiasatan dalam talian, ENIGMA yang menguji minda dalam memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2021.
Suspen, menarik dan penuh keindahan, Salvatore Ferragamo memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2021 melalui cara yang unik. Dalam mempersembahkan pengalaman digital untuk mencipta dialog interaktif dengan genarasi muda, label ikonik kota Milan menggunakan permainan dalam talian ENIGMA yang penuh misteri.

Permainan dalam talian ini akan mencabar memori pengguna, selain seni pemerhatian dan kemahiran intuitif yang menyasarkan generasi muda dengan menggunakan hiburan sebagai desain baharu pada persekitaran hari ini. Dengan menggunakan siasatan dan menyusuri laluan yang dipenuhi dengan klu misteri, pengguna boleh meneka mood yang penuh misteri pada koleksi musim bunga/panas 2021.

ENIGMA menjemput pengguna untuk menyelesaikan empat enigma dengan bermain permainan secara individual dan mengembara variasi lokasi di sekitar Milan yang menjadi latar kepada “Fashion Film”. Dilengkapi dengan grafik dan animasi yang menarik berdasarkan estetika berwarna dan penuh kehalusan, pengguna boleh bermain sebagai penyiasat untuk mencari klu yang tersembunyi. Dalam menyelesaikan setiap peringkat dan semakin dekat untuk menghabiskan enigma metropolitan, pemain dapat membuka kandungan eksklusif yang menggunakan kod gaya Salvatore Ferragamo.

Sebagai salah satu inovasi digital baharu Salvatore Ferragamo, ENIGMA diinspirasikan daripada “Fashion Film” arahan pengarah fesyen, Luca Guadagnino pada produksi sinematik koleksi musim bunga/panas 2021 yang memperkenalkan tema dan mood musim ini., kolaborasi bersama Pengarah Kreatif, Paul Andrew. Dirakamkan di sekitar kota Milan, ia memberikan penghormatan kepada ibu kota festen itu dan karya milik Alfred Hitchcock, yang turut memberikan inspirasi kepada koleksi musim ini.
Klik ENIGMA untuk memulakan penyiasatan anda dan…. happy detecting!
Foto: Salvatore Ferragamo
Baca lebih lanjut: LV & Tokyo
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
