Related Stories
Sedekad di Malaysia, Nespresso Raikan Aidilfitri bersama ‘With Love’
Lebaran kian menghampiri, Nespresso menghadirkan ‘With Love’, sebuah pelan langganan mesin yang direka khas untuk detik istimewa bersama yang tersayang. Ia merupakan tanda penghargaan tulus kepada setiap individu yang menjadikan Nespresso sebagai sebahagian dalam hidup mereka.
Daripada rutin Sahur di pagi hari sehingga rumah terbuka di bulan Syawal, jenama ini kekal menjadi pelengkap ideal sebagai minuman pilihan. Nespresso menjadi sumber tenaga sebelum berpuasa dan menemani detik moreh penuh keakraban. Kini, mereka menawarkan rangkaian kopi yang dirangka eksklusif untuk memastikan sambutan majlis Aidilfitri lebih mudah dan bermakna.
Raya Penuh Makna Bersama Nespresso

Sempena tahun ke-10 Nespresso menjadi salah satu komponen harian untuk rutin kehidupan masyarakat di Malaysia, Nespresso memperkenalkan Nespresso’s Machine Subscription, satu inisiatif yang penuh erti. Menariknya, dengan langganan ini, pelanggan boleh membawa pulang mesin Nespresso baharu hanya dengan bayaran sekali RM50, manakala pelan bulanan bermula dari RM90. Sekaligus menjadikan setiap sambutan, sama ada majlis terbuka atau beraya di rumah tersayang, terasa lebih meriah dan hangat.
Yuran langganan bulanan sepenuhnya ditukar menjadi Club Credits yang boleh digunakan untuk kapsul dan aksesori, dengan kredit terkumpul sehingga 12 bulan untuk sebarang keperluan sepanjang Aidilfitri. Pelanggan langganan turut dapat menikmati penghantaran percuma bagi pembelian kopi secara dalam talian, waranti dua tahun serta servis pembaikan percuma, di samping bonus kredit tambahan 10% setiap bulan bermula bulan ke-13. Maka, setiap detik Raya dipenuhi aroma kopi kegemaran, menjadikan setiap momen lebih istimewa.
Nuansa Rasa Baharu, Sentuhan Segar untuk Raya

Nespresso turut tampil dengan dua rekaan baru untuk mesin bermusim iaitu Vertuo Line Spring Lilac Vertuo Pop yang tersedia eksklusif melalui program Machine Subscription, manakala Original Line Essenza Mini White (RM699) memberikan sentuhan lembut di rumah. Dengan teknologi satu sentuhan, kopi berkualiti dapat disediakan dengan cepat dan konsisten, membolehkan tuan rumah terus beramah mesra bersama tetamu sepanjang hari.
Mereka turut mempersembahkan dua perisa baharu yang dirangka rapi untuk menemani setiap detik. Lavender Vanilla Decaffeinated memberikan sentuhan profil lembut dan aromatik, sesuai dinikmati ketika berbuka mahupun perbualan santai di malam hari. Caffè Florian pula menyajikan rasa hangat dengan nota kayu, kekacang dan rempah lembut. Setiap variasi kopi ini melengkapi kepelbagaian juadah perayaan, daripada kuih-muih tradisional hinggalah kepada juadah Hari Raya. Sesuai buat tuan rumah menyajikan kepada tetamu!
Artikel Berkaitan: Juadah Raya Ikonik Yang Sentiasa Dinanti Di Pagi Syawal
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
