Kate Middleton Langgar Protokol Diraja Buat Kesekian Kalinya
Kate Middleton terus-terusan mempamerkan rasa tidak hormat terhadap protokol Diraja walaupun setelah bergelar Puteri Wales.
Baru-baru ini Kate Middleton dilihat mengayakan pewarna kuku rona merah ketika menghadiri kebaktian gereja pada Hari Easter. Dia menghadiri perhimpunan agama itu bersama suami, Putera William dan tiga anak mereka; Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Kehadirannya dalam persalinan biru Diraja dilihat begitu sempurna sekali gus mencuri tumpuan ramai.
Bagaimanapun kuku jari-jemarinya yang diwarnakan merah terang membuatkan ramai kerabat Diraja gelisah. Mendiang Ratu Elizabeth II dilaporkan melarang penggunaan pewarna kuku rona terang. Baginda hanya memakai pewarna kuku Ballet Slippers rona merah jambu cair daripada jenama Essie. Justeru, dia mengharapkan golongan bangsawan lain turut melakukan perkara sama.

Foto: Getty Images
Netizen Mengulas Tindakan Berani Kate Middleton
Seorang peminat Diraja menyelar Puteri Wales dan menyatakan ia adalah satu kesilapan yang memalukan. “Sayang sekali keseluruhan foto (kerabat Diraja) dirosakkan oleh pewarna kuku merah Kate. Ia melanggar protokol dan Kate Middleton telah memalukan seluruh keluarga. Mengejutkan!”
Seorang lagi menghemburnya dengan menulis, “Meghan Markle dikutuk kerana ‘melanggar protokol’ dengan memakai pewarna kuku selain merah jambu. Sekarang ini Kate Middleton memakai pewarna kuku merah. Adakah kami akan diberitahu betapa berani tindakan Kate ini, sama seperti dalam kes Meghan Markle?”
Bagaimanapun ada juga yang memuji tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu. “Kate Middleton menggayakan pewarna kuku rona merah. Mengiringi zaman baharu yang moden dan berinovasi, golongan bangsawan tidak akan dilihat sebagai ‘kurang hormat’ dengan tindakan ini. Sebaliknya lebih beradaptasi dengan transformasi.”

Foto: Getty Images
Pakar sejarah, Marlene Koenig sebelum ini pernah memaklumkan bahawa tiada peraturan rasmi berkenaan rona pewarna kuku yang tidak boleh digayakan kerabat wanita. Ini bermakna Meghan Markle sama sekali tidak melanggar protokol Diraja ketika mewarnakan kukunya dengan rona hitam pada 2018. Bagaimanapun kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan.
Bukan Kesilapan Pertama
Umum mengetahui ini bukanlah kali pertama Puteri Wales dilaporkan melanggar peraturan Diraja. Kala melakukan lawatan rasmi ke Hospital Diraja Liverpool Ferbruari lalu, Kate Middleton dilihat merakam swafoto bersama beberapa peminat – sekali gus melanggar protokol.
Foto: Getty Images
Peraturan yang melarang mana-mana kerabat Diraja Britain merakam swafoto itu tidak diketahui ramai sehinggalah Meghan Markle mendedahkannya kepada pengetahuan umum pada 2017. Sewaktu memulakan peranan barunya sebagai barisan hadapan tugas Diraja, Duchess of Sussex menolak ajakan berswafoto daripada peminat semasa melakukan lawatan awam di Nottingham bersama Putera Harry. Menurut portal Mirror, dia menolak permintaan satu pasangan secara sopan dengan berkata, “Kami tidak dibenarkan merakam swafoto.”
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
