Related Stories
Raja Muda Selangor: Pewaris Takhta Dengan Kisah Inspirasi Tersendiri
Merafak sembah dan setinggi- tinggi ucapan tahniah, Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputaraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafudin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Adbul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor dan Jajahan Takluknya pada 11 Disember 2024. Dengan penuh takzim, merafak sembah dan mendoakan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam limpahan keafiatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan yang berpanjangan. Memohon agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku senantiasa berada di bawah naungan rahmat, perlindungan, dan inayah-Nya. Semoga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus diberkati dengan keberkatan yang melimpah-ruah, dilimpahi rahmat dan maghfirah Ilahi, serta menjadi sumber kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekalian rakyat jelata mendoakan agar Negeri Selangor terus makmur, aman, dan sentosa di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa dicintai dan dihormati. Amin Ya Rabbal Alamin. Daulat Tuanku!
Betapa Makmurnya Selangor di Bawah Payungan Perintah Tuanku, Kenali Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Anakanda putera tunggal Sultan Sharafuddin Idris Shah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Raja Muda Selangor yang memainkan peranan penting sebagai pewaris takhta, memastikan kesinambungan institusi beraja dan tradisi negeri. Baginda merupakan simbol kesinambungan pemerintahan yang berlandaskan adat Melayu, memelihara keunikan warisan budaya serta adat istiadat Diraja Selangor. Dalam menjalankan tanggungjawab, baginda menunjukkan kepimpinan yang berintegriti dan inklusif, menjadi teladan kepada rakyat. Sebagai pelindung agama Islam di negeri, Raja Muda turut memastikan keutuhan nilai-nilai agama dan budaya dalam masyarakat Selangor. Pendidikan tinggi yang diterima oleh baginda membekalkan ilmu dan wawasan yang penting dalam menggalas tanggungjawab besar ini.

Menjelang sambutan kelahiran Yang Duli Maha Mulia, ini adalah beberapa faktor tentang Tengku Amir Shah menjulung negeri selangor sebagai pewaris takhta, Raja Muda Selangor berperanan dalam pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Baginda aktif dalam hal ehwal sosial, termasuk bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat, dan alam sekitar, mencerminkan keprihatinan terhadap kehidupan rakyat. Kehadiran baginda dalam acara rasmi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membantu memperkukuh hubungan diplomatik serta membawa imej positif kepada negeri. Hubungan mesra dengan rakyat yang sering ditonjolkan melalui program dan inisiatif baginda membuktikan komitmen terhadap kemajuan dan kebajikan rakyat Selangor, seiring dengan aspirasi negeri yang progresif.

Dengan penuh hormat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesetiaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas kepimpinan yang bijaksana dan penuh berkat. Menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Dengan penuh rasa hormat, kami mendoakan agar Negeri Selangor terus maju, aman, dan sentosa di bawah naungan pemerintahan yang adil dan berkat.
Kredit: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Artikel Berkaitan: GLAM Weddings: Momen Indah Pernikahan Nina Sabrina Ismail Sabri
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
