Related Stories
Kejutan Ulang Tahun Kelahiran Daripada Harry & Meghan Markle Buat Kate Middleton
Duchess of Cambridge meraikan ulang tahun ke-39 dengan sambutan sederhana pada 9 Januari lalu, dikelilingi suami, Putera William dan anak-anak mereka, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.
Selepas menghadiri parti mini bersama keluarga, Kate Middleton berbual dengan ibu bapanya dan Queen Elizabeth II sebelum dipersembahkan dengan bingkisan daripada Duke dan Duchess of Sussex. Pemberian tersebut termasuk sekeping kad ucapan dan hadiah yang dipilih sendiri oleh Harry dan Meghan khas buat kakak ipar mereka.
“Ia kejutan yang menggembirakan. Kate tidak mengharapkan apa-apa pemberian daripada pasangan itu,” menurut satu sumber. Namun tidak didedahkan apakah isi bingkisan yang diterimanya.
Kate turut menerima beberapa pemberian daripada Putera William, namun yang paling mencuri perhatian adalah sepasang anting-anting berlian dan nilam, dan “dia menyukainya,” menurut sumber.

Kejutan daripada Harry dan Meghan ini muncul selepas setahun mengumumkan pengunduran diri daripada tugas sebagai anggota kanan kerabat Diraja British pada Januari 2020.
Harry dan Meghan berpindah dari London ke Canada sebelum menetap di Los Angeles. Setelah beberapa bulan, pasangan ini bersama putera mereka yang berusia satu tahun, Archie Harrison Mountbatten Windsor berpindah pula ke Santa Barbara, California dan kini tinggal berjiran dengan selebriti terkenal seperti Rob Lowe.
Beberapa hari lalu turut dilaporkan bahawa Harry dan Meghan mempunyai rancangan untuk kembali ke United Kingdom sempena sambutan ulang tahun kelahiran Queen Elizabeth II yang ke-95 Jun ini. Namun, rancangan tersebut bergantung kepada situasi kesihatan dan sekatan perjalanan di negara itu.
Foto: USmagazine
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
