Daler Yusuf Buat Kejutan, Umum Isteri Hamil Anak Ketiga
Tiada angin tiada ribut, Daler Yusuf mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air, Daler tidak pernah mendedahkan status dirinya secara terperinci kepada umum. Disebabkan itu ramai menyangka aktor berbangsa Uzbek ini masih bujang.
Justeru netizen amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan isterinya, Sakinah Burikul di TikTok. Malah bukan kehamilan pertama, tetapi yang ketiga.
“Saya kini sedang menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka pada tahun depan. Isteri saya ketika ini sedang hamil lima bulan. Dijangka bayi lelaki,” katanya.

Foto: Kosmo
Daler Yusuf Akui Tiada Niat Mahu Berahsia
Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan status perkahwinannya daripada peminat. Dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya berbanding hal peribadi.
“Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu di Uzbekistan. Ketika itu saya sedang belajar dan belum jadi pelakon. Saya memang tidak memuat naik atau berkongsi tentang kehidupan peribadi di media sosial. Jadi memang ramai tidak tahu. Kami dulu banyak gaduh, duduk asing dalam dua ke tiga tahun. Kemudian tinggal bersama semula.
“Alhamdulillah, semasa penularan Covid-19, kami tersekat di Malaysia dan berbaik sehingga sekarang. Kini kami lebih memahami antara satu sama lain,” katanya.
Sorotan LainKolaborasi ‘Omtanke’ Volvo Car Malaysia: Untuk Komuniti dan Bumi
Selena Gomez Akhirnya Temui Cinta Sejati
Pendelela Rinong Dikurnia Gelaran Datuk
Destinasi Seni Baharu: 5 Muzium Baharu Yang Bakal Dibuka Pada 2026
Kebenaran Di Sebalik Isu Perkahwinan Erra Fazira & Ahli Politik
Dusit Thani Bangkok Kembali dengan Rekaan Dalaman Menawan oleh André Fu Studio![]()
Hasil perkahwinan selama 10 tahun, Daler serta isteri dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia sembilan dan tujuh tahun.

Foto: mStar
Foto: X
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
