Related Stories
Kepuasan Tonton Konsert BTS di Samsung Galaxy Z Flip4
Tiada masalah hendak menonton Konsert BTS di telefon pintar kegemaran saya, Samsung Galaxy Z Flip4 kerana baterinya tahan lama sekali!
Hendak ke Seoul, belum tentu punyai peluang. Jadi, buat masa sekarang, hanya mampu mendekati Kumpulan K-Pop popular, BTS, ini menerusi telefon sahaja. Syukur dengan internet di hujung jari, namun syukur lagi saya punyai telefon pintar seperti Samsung Galaxy Z Flip4.
Sebelum ini khabar BTS hendak bergerak solo dan berehat sebentar daripada aktiviti berkumpulan, membuatkan ramai yang hampa dan sedih kerana mereka tidak dapat melihat lagi ahli kumpulan paling popular dunia ini membuat persembahan bersama.
Namun, kesedihan itu hanya sementara, apabila “BTS: Permisson To Dance on Stage – LA” disiarkan di Disney+ Hotstar! Paling seronok, kerana saya boleh menonton secara puas di skrin panjang Samsung Galaxy Z Flip4 saya. Jangan menghakimi saiz telefon pintar ini yang mana walaupun ia jenis kompak, saiz skrinnya amatlah memuaskan dan paparan skrinnya amatlah berkualiti tinggi.

Bukankah memiliki telefon pintar yang boleh dilipat dan mampu selit ke dalam kocek seluar juga beg mini ini adalah idaman kita semua? Sudahlah saiznya yang kompak, Samsung Galaxy Z Flip4 ini dicipta cukup versatil dan cukup produktif.
Saya boleh menonton konsert kegemaran saya di mana jua saya berada tanpa perlu memikirkan kuasa bateri. Jika sebelum ini, masalah yang sering saya alami adalah selalunya berkaitan dengan bateri yang tidak tahan lama, kini tidak lagi. Sesungguhnya tiada lagi gangguan yang saya alami tiap kali menonton rancangan di telefon pintar ini.

Buat anda yang tidak tahu, kuasa bateri telefon pintar ini telah dinaik taraf, kini memiliki kapasiti setinggi 3,700mAh. Ia mampu tahan sepanjang hari. Dan jikalau bateri mati sekalipun, saya hanya perlu mengecas selama 30 minit untuk mengembalikan 50 peratus kuasa bateri kembali. Ini kerana versi terbaru Samsung Galaxy Z Flip4 ini hadir dengan teknologi Super Fast Charging. Menakjubkan, bukan?
Paparan Skrin yang Memuaskan!
Paparan skrin dengan teknologi Dynamic AMOLED 2X beresolusi Full HD seluas 6.7 inci di bahagian dalam amatlah memberangsangkan setiap kali saya menonton sebarang video pada telefon pintar ini. Walaupun ianya merupakan telefon jenis lipat, garis lipatan di tengah-tengah telefon ini langsung tidak mengganggu tontonan saya. Malah, ia bukanlah satu garis ketara hingga mampu membuatkan saya hilang fokus menonton di atas skrin ini.

Sememangnya ia adalah peranti pintar sesuai untuk semua peringkat umur. Baik yang masih di alam belajar, mahupun yang sudah bekerjaya. Bukan sahaja kegunaannya sebagai telefon biasa, dengan adanya teknologi Flex Mode, saya tidak perlu bersusah payah memegang telefon pintar Setiap kali ingin menonton YouTube atau apa Sahaja. Ia cukup fleksibel dan boleh dikepak mengikut kesukaan dan keselesaan saya!
Pautan Berkaitan: Riadah Hujung Minggu Sempurna Dengan Samsung Galaxy Z Flip4
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
