Related Stories
4 Tahun Menyepi, Evanescence Kembali Dengan Better Without You
Sedekad lalu adalah waktu yang ‘hening’ buat kumpulan rock alternatif, Evanescence.
Pernah bergelar kumpulan muzik popular dengan lagi hit seperti My Immortal dan Bring Me To Life, Evanescence menyepi selama bertahun-tahun tanpa sebarang lagu mahupun album baharu sejak 2017.
Malah muzik mereka juga tidak berjaya memasuki mana-mana carta sejak 2011, menyebabkan timbulnya spekulasi bahawa kumpulan ini telah berpecah.
Namun ternyata semua itu tidak benar! Kumpulan ini baru sahaja membuat comeback dalam industri dengan lagu Better Without You pada 5 Mac lalu.
Ia merupakan single keempat daripada album terbaharu mereka, The Bitter Truth yang bakal dilancarkan pada 26 Mac 2021.
Mereka turut mempersembahkan satu lagu berjudul Wasted On You buat tatapan peminat ketika menjadi tetamu dalam rancangan Jimmy Kimmel Live baru-baru ini.
Terdapat satu lagi lagu, Use My Voice yang merupakan kolaborasi bersama Lzzy Hale dari kumpulan Halestorm dan Taylor Momsen dari The Pretty Reckless.
Peminat di serata dunia terutama United Kingdom dan Eropah ternyata teruja dengan berita mengejutkan ini. Jika bertuah, mereka mungkin berpeluang menonton persembahan secara langsung daripada kumpulan kesayangan mereka.
Evanescence telah mengumumkan tarikh jelajah kembara di United Kingdom dan Eropah pada September dan Oktober akan datang untuk mempromosikan album ini.
Foto: NME
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
