fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
6 Tips Penting Untuk Menjaga Kesihatan Ibu Selepas Bersalin
Hidangan Mewah Sempena Valentine’s Day
LeAnn Rimes Tenggelam Dalam Depresi Disebabkan Covid-19
“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu
Lisa Atasi Blackpink Menerusi Lalisa
Home > Gaya Hidup > Park Shin Hye Dikurnia Cahaya Mata Lelaki

Park Shin Hye Dikurnia Cahaya Mata Lelaki

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Park Shin Hye selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 31 Mei 2022 selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Khabar gembira itu dikongsi oleh agensi pengurusan Salt Entertainment yang turut memaklumkan keadaan terkini Park Shin Hye dan bayinya.

“Kami ingin berkongsi satu berita gembira bahawa Park Shin Hye telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat di sebuah hospital di Seoul hari ini (31 Mei).

“Kedua-duanya berada dalam keadaan baik. Dia kini sedang berehat di samping suaminya, pelakon Choi Tae Joon dan rakan-rakannya,” tulis agensi itu menerusi satu kenyataan rasmi.

Park Shin Hye

Foto: Soompi

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse