Related Stories
Sudah Berumur 18 tahun, Shiloh Jolie ingin Gugur Nama Bapa
Shiloh yang mempunyai wajah jelita persis ibunya, Angelina Jolie, baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 18 pada 27 Mei yang lalu.
Seperti ibunya, Shiloh Jolie juga seorang yang berani dalam membuat keputusan. Shiloh ialah anak kandung sulung kepada pasangan Hollywood terkenal, Angelina Jolie dan Brad Pitt. Pasangan itu dikurniakan dengan enam orang anak, tiga daripadanya ialah anak kandung manakala tiga lagi ialah anak angkat mereka.
Perkahwinan dan Penceraian Pasangan Terhangat Hollywood
Pasangan selebriti yang dulunya hangat telah bercerai pada tahun 2019, lima tahun selepas perkahwinan mereka. Anak kandung sulung kepada bintang terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt telah menjejak umur 18 tahun pada 27 Mei 2024. Namun begitu, Shiloh bukanlah anak mereka yang pertama yang menggugurkan nama bapa mereka dari nama mereka. Pada awal tahun ini, Vivienne yang berumur 15 tahun telah menggugurkan Pitt daripada nama penuhnya. Tidak ketinggalan, anak sulung pasangan itu, Zahara juga telah memperkenalkan dirinya sebagai Zahara Marley Jolie pada tahun 2023.
Angelina Jolie and Brad Pitt’s daughter, Shiloh, filed a request to legally drop Pitt from her surname on her 18th birthday. pic.twitter.com/6fUCEx8469
— Pop Crave (@PopCrave) May 31, 2024
Namun, Shiloh adalah satu-satunya yang telah memfailkan secara rasmi permohonan untuk menggugurkan nama bapanya, Pitt. Ada juga sumber yang mengatakan Shiloh menggunakan wangnya sendiri untuk membayar peguam untuk permohonannya itu. Angelina telah memfailkan perceraian pada tahun 2016 selepas Brad mengamuk ketika penerbangan mereka sekeluarga ke Los Angeles. Brad juga dikatakan menyerang dua daripada anak mereka serta memberi alkohol pada keluarganya. Akan tetapi, Brad menentang tuduhan berikut. Mereka akhirnya bercerai pada tahun 2019, 5 tahun selepas mendirikan rumah tangga.

Angelina dan Brad telah mula bercinta pada tahun 2005 ketika mereka berlakon bersama dalam filem Mr. and Mrs. Smith. Mereka bernikah pada tahun 2014 dihadiri oleh anak-anak mereka dan kemudiannya bercerai pada tahun 2016. Pasangan pelakon ini telah memfailkan saman terhadap satu sama lain selama beberapa tahun atas sebab perselisihan faham tentang perniagaan dan pengagihan harta. Shiloh, anak ketiga daripada enam adik-beradiknya kini mahu dikenali dengan dengan nama Shiloh Jolie. Shiloh telah memfailkan permohonan pertukaran nama itu di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada tarikh 27 Mei 2024, sempena hari kelahirannya yang ke 18 tahun.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
