Related Stories
Pop-Up Hotel LV Warnai Bangkok, Meraikan Ulang Tahun Ke-130 Monogram
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPop-up Hotel LV di Bangkok meraikan 130 tahun Monogram melalui pengalaman imersif yang menggabungkan warisan, inovasi dan estetika moden, menegaskan statusnya sebagai simbol gaya abadi merentas generasi.
Louis Vuitton meneruskan sambutan global ulang tahun ke-130 Monogram dengan pelancaran pop-up eksklusif di Bangkok, satu-satunya destinasi khas jenama itu di Asia Tenggara. Bertempat di Baan Trok Tua Ngork, sebuah kediaman bersejarah yang kaya nilai budaya, ruang empat tingkat ini mengundang tetamu menyelami perjalanan estetik yang meraikan Monogram sebagai simbol ikonik yang berakar kuat pada warisan, kepakaran serta semangat inovasi Louis Vuitton. Acara ini bukan sekadar pameran produk, tetapi pengalaman kuratorial yang menonjolkan bagaimana lambang tersebut terus melangkaui generasi sambil kekal relevan dalam dunia fesyen moden.

Terokai LV Hotel Pop-up Di Bangkok!
Konsep pop-up ini diinspirasikan daripada suasana hospitaliti dan perjalanan, selari dengan sejarah Louis Vuitton sebagai pelopor seni pengembaraan. Setiap tingkat menampilkan ruang tematik yang meraikan beg ikonik seperti Keepall, Speedy, Alma, Neverfull dan Noé, setiap satu dipersembahkan sebagai objek gaya serta simbol budaya yang telah merentasi era. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat evolusi reka bentuk, malah memahami bagaimana inovasi material, fungsi praktikal serta estetika kontemporari terus menyokong relevansi Monogram sebagai kod gaya klasik yang abadi.

Di LV Hotel Pop-up, pengalaman diperhalusi dengan instalasi interaktif yang menonjolkan ketahanan kanvas Monogram serta kepakaran pertukangan rumah fesyen ini. Ruang concierge turut menawarkan servis personalisasi seperti hot stamping, lantas menguatkan hubungan Louis Vuitton dengan seni kustomisasi serta memberi pengalaman pelanggan yang nyata eksklusif. Ia menonjolkan bagaimana warisan tradisi disatukan dengan aspirasi moden, menghasilkan pengalaman yang terasa lebih intim dan autentik.

Pop-up Hotel LV di Bangkok ini berlangsung dari 11 Februari sehingga 15 Mac 2026, meneruskan siri sambutan global selepas di Shanghai, New York dan Seoul. Kehadirannya menegaskan peranan Asia Tenggara sebagai pasaran penting dalam naratif Louis Vuitton hari ini. Lebih daripada sekadar ruang runcit sementara, ia mencerminkan kesinambungan legasi Monogram sebagai simbol elegan yang sentiasa berevolusi, berinovasi dan menyuntik gaya hidup kontemporari dalam satu pengalaman fesyen yang menyeluruh. Terokai Pop-up LV di Bangkok ini secara atas talian di https://hotel-bangkok.louisvuitton.com/

Artikel berkaitan: Terokai Pop-up Eksklusif Louis Vuitton ‘The Art Of Gifting’ Di Suria KLCC!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
