Related Stories
Terlepas KLSCM? Ini 5 Alternatif Acara Larian Ikonik Di Malaysia
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioSetiap tahun, pendaftaran untuk Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) menjadi detik paling mendebarkan dalam kalendar komuniti larian kerana kebiasaanya dalam sekelip mata kategori utama habis direbut. Bagi yang berjaya, ia satu kemenangan kecil. Bagi yang terlepas, rasa kecewa itu semestinya tidak dapat dinafikan.
Namun dunia larian tidak pernah berpusat pada satu acara sahaja. Jika pendaftaran KLSCM tidak berpihak kepada anda kali ini, anggap ia sebagai ruang untuk meneroka pentas lain yang tidak kurang ikoniknya.
Berikut merupakan lima acara larian alternatif yang wajar dipertimbangkan:
1. Penang Bridge International Marathon — 14 Disember 2025

Salah satu marathon paling ikonik di Malaysia dengan laluan merentasi jambatan yang menghadap laut. Acara ini menawarkan kategori 42km, half marathon dan 10km. Menariknya, anda bakal menikimati visual laut yang terbentang luas sepanjang di atas jambatan Pulau Pinang.
🔗 Pendaftaran rasmi: https://penangmarathon.gov.my/
2. Score Marathon — 18/19 Julai 2025
Acara ini diadakan di Putrajaya dan terkenal dengan laluan yang rata dan mesra pelari dari semua peringkat. Terdapat pilihan jarak termasuk 42km, 21km serta larian jarak pendek untuk mereka yang mahu pengalaman perlumbaan santai.
🔗 Pendaftaran rasmi: https://scoremarathon.com/
3. PJ Half Marathon – 17 Ogos 2025
Dianjurkan di Petaling Jaya dengan pelbagai kategori termasuk half marathon dan larian komuniti lain. Ia menjadi pilihan popular dalam kalangan pelari kerana laluannya yang menarik melalui kawasan bandar.
🔗 Pautan acara rasmi: https://www.racexasia.com/
4. Borneo International Marathon — 7-10 Mei 2026
Diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, larian ini menggabungkan cabaran endurance dengan pemandangan pantai Borneo. Ia menyediakan peluang untuk pelari berinteraksi dengan komuniti besar dan suasana yang berbeza dari acara di Semenanjung.
🔗 Pendaftaran rasmi: https://www.borneomarathon.com/
5. Kuching Marathon — 27 September 2025

Salah satu acara paling dinanti di Sarawak, Kuching Marathon membawa pelari menyusuri jalan jalan bandar penuh warna-warni sambil melalui ikon budaya dan pemandangan memukau. Setiap langkah memberikan pengalaman unik yang menggabungkan cabaran fizikal dengan keindahan seni dan sejarah tempatan.
🔗 Pendaftaran rasmi: https://www.marathonkuching.com/
Terlepas pendaftaran bukanlah penamat musim larian anda. Anggap ia sebagai peluang untuk menyusun strategi baharu dan meneliti sasaran dengan lebih matang. Gunakan masa ini untuk memperkemas rutin latihan, memperbaiki stamina dan membina keyakinan menjelang perlumbaan seterusnya.
Ikuti kalendar larian lain, daftar lebih awal dan anggap setiap acara sebagai peluang untuk mencabar diri. Fokus bukan hanya pada garisan penamat, tetapi pada setiap langkah latihan yang membantu membina diri pelari yang lebih kuat dan bersedia untuk cabaran seterusnya.
Artikel berkaitan: Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
