fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Overnight Oats, Pilihan Sarapan Paling Sihat, Pantas & Mudah
Benihana Kini Dibuka di KLCC, Makan Sambil Berhibur!
Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni
Bella Hadid Tayang Kekasih Baharu
Di Sebalik Kediaman RM211 Juta Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck
Home > Gaya Hidup > Tanda Sokongan Beyonce Buat Meghan Markle

Tanda Sokongan Beyonce Buat Meghan Markle

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Meghan Markle mungkin tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizabeth II, namun dia menerima penghormatan padu daripada rakan selebriti, Queen Bey.

Beyonce memuat naik tanda sokongan di laman web miliknya dengan menulis, “Terima kasih Meghan di atas keberanian dan kepimpinan yang ditunjukkan. Anda memberi inspirasi dan kekuatan kepada kami semua.”

Mesej tersebut dikongsi beberapa hari selepas wawancara Duke dan Duchess of Sussex bersama Oprah Winfrey ditayangkan.

Menerusi rancangan tersebut, Meghan dan Harry ditemu ramah buat pertama kalinya setelah membuat keputusan berundur daripada tugasan dan kerabat Diraja British.

Meghan Markle Talks Privacy With Oprah: Exclusive Unaired Clip
Foto: Oprahmag

Meghan mendedahkan kepada Oprah mengenai penderaan berterusan daripada media British yang memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Dia malah mendakwa terdapat perbualan dan kebimbangan di kalangan kerabat Diraja mengenai warna kulit puteranya, Archie yang bakal lahir ketika itu.

Dua hari lalu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan bagi pihak Ratu Elizabeth II menjelaskan tuduhan perkauman yang dibuat oleh Duke dan Duchess of Sussex adalah sesuatu yang serius dan akan disiasat.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse