Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni
Nespresso mengembangkan rangkaian Ispirazione Italiana dengan koleksi edisi terhad bersama ikon fesyen, Chiara Ferragni yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.
Nespresso Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh gaya bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni. Diinspirasikan oleh tradisi kopi serantau Itali, Chiara bersama-sama Nespresso menghasilkan koleksi edisi terhad yang mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana.

Dengan pelancaran kopi Milano Intense, aksesori, serta sebuah mesin kopi yang memberi penghormatan kepada suasana bandar dan tempo kontemporari kota Milan. Ia juga memulakan sebuah perjalanan penuh penerokaan melalui cinta beliau terhadap kopi dengan sebuah siri filem pendek empat bahagian.
Penerokaan Kopi Bersama Ikon Fesyen Itali
Bersama ahli sejarah terkenal, Filippo Cosmelli, dia memulakan pengembaraan dengan mempelajari sejarah menarik budaya kopi Rom dan tradisi serta kreativiti kota indah tersebut. Mereka melawat pelbagai lokasi ikonik, termasuklah Antico Caffè Greco untuk menikmati espresso Roma dan meneroka tradisi memanggang gaya Itali.

Perjalanan diteruskan ke seluruh bandar Milan, inspirasi sebenar di sebalik rekaan, rasa, dan nota kopi Milano Intense. Ia berasal daripada lokasi bersejarah seperti Villa Necchi, Palazzo Montedoria dan Gereja Duomo. Menara-menara emas Duomo dan rekaan khas geometrik hijau gelap dengan aksen emas Villa Necchi boleh dilihat dalam koleksi edisi terhad tersebut.
“Cinta saya terhadap kopi dan Itali tidak mengenal batasan, oleh itu saya teruja dapat bekerja sama sekali lagi dengan keluarga Nespresso yang saya hargai untuk menghasilkan koleksi edisi terhad ini. Rangkaian terbaharu ini diilhamkan oleh kreativiti dan budaya Milan yang kaya, dan saya sangat gembira dapat menghasilkan kopi yang penuh kelazatan dengan aksesori dan mesin yang cantik untuk dinikmati para penggemar kopi di mana sahaja mereka berada,” kata Chiara Ferragni.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
