Dari Meja Pengarah Kreatif: The New Contenders
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSatu perasaan yang cukup girang apabila melangkah masuk ke studio ketika penggambaran Persona isu Mac 2023. Tiga personaliti muda yang punya resume yang cukup besar menjadi pilihan GLAM bagi isu Next Gen 2023. Mereka adalah Christinna Kuan, Glenn Yong dan Johanis Sani. Tiga nama ini mewakili generasi sekarang yang sudah mendominasi dunia masing-masing. Gen Z adalah suara sekarang dan semestinya GLAM mahu seiring dengan mereka. Melihat tiga persona ini, semua mereka membawa prinsip yang mantap dan tidak pernah takut meluru terus maju.
https://www.instagram.com/p/CpP51uOJRuN/
Saya sempat menghabiskan masa bersama Glenn Yong di Milan, pada tahun lalu. Sewaktu di Minggu Fesyen Milan kami duduk berbual. Bersinar matanya mahu mengembangkan bakat melepasi sempadan Singapura. Tahun ini, apa yang dihajati menjadi kenyataan. Filem lakonannya bertajuk The King of Musang King mendapat kutipan yang cukup lumayan. Serta dia sibuk menghangatkan pentas buat mempromosi lagu terbaru Break Out. Tiada yang mampu membuat Glenn berhenti, dia terus berlari laju dalam mengukuhkan nama sebagai bintang serantau Asia Tenggara. Jika belum menjadi sebahagian daripada peminatnya yang bergelar ‘HangBaoBaos’ (gelaran buat peminat Glenn), mungkin artikel Persona kali ini bakal buat anda semua jatuh hati dengannya, kerana saya sudah!
https://www.instagram.com/p/CpPuda7p856/
Dua juita Kuala Lumpur; Christinna Kuan dan Johanis Sani pula tidak pula kalah. Christinna rancak meletakkan dirinya sebagai pendahulu dalam dunia digital fesyen mewah. Menghabiskan masa bersama di Minggu Fesyen Milan telah membuka mata saya yang gadis asal Penang ini tahu misinya. Karakternya seperti personaliti antarabangsa – tahu bagaimana mencuri tumpuan lensa kamera street style. Serta mencuri hati peminat di tanah air apabila melancarkan lagunya ketika sambutan Tahun Baru Cina. Penuh ruang legar dengan peminat Christinna ketika dia bersama adik beradik membuat promosi. Juga mencuri hati saya apabila melihat dia bekerja keras, sikap yang cukup sopan serta mesranya menyenangkan.
https://www.instagram.com/p/CpPgAWCrhYd/
Jika mereka yang berjinak-jinak dalam dunia konten digital dan tidak mengenali Johanis Sani, mungkin boleh fikirkan semula keputusan itu. Ketika anak muda lain masih teragak-agak tentang konsep media sosial, Johanis Sani sudah terlebih dahulu menggunakan platform ini. Seawal usia belasan tahun dia mula berkongsi konten di Vine dan YouTube. Karakternya yang ramah, membuka lebih luas rezeki buat gadis berbintang Gemini ini. Dia datang ke studio bersama pengurusnya, tetapi tidak langsung canggung membuat perkara semuanya sendiri. Sebabnya sejak kecil lagi dia telah didik oleh ibunya untuk hidup berdikari.
https://www.instagram.com/p/CpPtFW9J0VE/
Kini adalah masa buat Gen Z! Generasi yang punya banyak potensi mengubah dunia menjadi lebih makmur dengan minda yang luas terbuka. GLAM mahu berada di dalam cakerawala itu!
Artikel Berkaitan: Dari Meja Pengarah Kreatif: Masa Hadapan Yang Cerah
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
