fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Perpisahan Leonardo Dicaprio & Camila Morrone Jadi Bahan Jenaka Di Twitter
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem Animasi Disney Ini
Spekulasi Kehamilan – Neelofa Beri Petunjuk Baharu?
5 Sebab Filem K-Pop Demon Hunters Jadi Bualan Ramai
Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’
Home > Gaya Hidup > Korea Selatan dinobat Miss Earth 2022

Korea Selatan dinobat Miss Earth 2022

Selepas 20 tahun Korea Selatan menyertai pertandingan Miss Earth, akhirnya Mina Sue Choi, wakil dari Korea mencipta nama sebagai Miss Earth 2022. 

Mina Sue Choi, yang berusia 24 tahun ini adalah merupakan seorang pelajar komunikasi yang sedang melanjutkan pelajarannya di University of Illinois Urbana-Champaign. Dia yang sebelum ini bertanding di Miss Korea 2021 dan memenangi tempat pertama telah dihantar menyertai pertandingan ini. 

Ini menjadi titik bersejarah dan kegembiraan rakyat Korea dapat disaksikan setelah sekian lama menantikan pengiktirafan seperti ini kerana kali terakhir, mereka menyambut khabar gembira adalah pada Tahun 2017 di mana ketika itu, Jenny Kim dinobatkan sebagai Miss Supranational 2017.

Instagram: @minadori222

Mengikut sejarah pertandingan Miss Earth ini, Korea Selatan pernah menyertai beberapa kali pada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya seperti Yoo Hye-Mi pada tahun 2005, Seo Seol-Hee pada tahun 2008, Park Ye-Ju untuk tahun 2009 dan Lee Chae-Yeung yang bertanding pada tahun 2016.

Bukan itu sahaja, ramai juga tidak menyangka di mana wakil dari Palestin turut memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan ini. Nadeen Ayoub, seorang jurulatih kesihatan dan usahawan aktif dalam aktiviti kemanusiaan turut dinobatkan sebagai Miss Earth Water ini. Kesemua pemenang ini bakal mula sibuk dengan kerja amal dan sosial yang akan disediakan oleh organisasi pertandingan ini. 

Pautan Berkaitan: Kanye West Ulas Kontroversi Balenciaga, Kim Kardashian Titip Pesanan