Home > Gaya Hidup > Datin X: Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula
Datin X: Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Nov 23, 2021
Letak jawatan mengikut perasaan, walau jawatan yang digendong ketika itu merupakan satu-satunya dream job Datin Embun sejak dari kecil lagi. Apa agaknya isi tersirat daripada keputusan drastik ini? – Datin X
“Bersyukur rasanya bila sudah tidak lagi bergelumang dengan gossip dan socialite ataupun pemuja fesyen. Baru aman rasa hidup ni, I tak perlu lagi berpura- pura,” kata Datin Embun kepada Datin X sebaik sahaja dia mewar-warkan pada satu Malaysia dia tidak lagi bersama syarikat XYZ. Terdetik di hati Datin X, “Teruk sangatkah pekerjaan dia yang dahulu?” Datin Embun pula mengeluarkan faktanya, “Ramai manusia fake dan bila terpaksa bekerja bersama kaum-kaum LGBT… tbh, I langsung tak gemar.” Selang beberapa bulan Datin Embun mula aktif di media sosial. Hari ini dia keluar dengan posting motivasi. Berkata- kata positif untuk sertai bandwagon #quotesoftheday. Penyalur positiviti, bak seorang ikon memberi semangat kepada pengikut-pengikutnya setiap hari. Esoknya pula dia tampil memperkenalkan hobi baru, lusa dia memberitahu betapa sibuknya hari-hari di rumah bersama anak- anak dan menu masakan yang baru sahaja di cuba-cuba. Tulat, penuh di IG stories dengan updates bercucuk tanam di halaman rumah pula. Maaf, pada Datin X, you’re trying so hard, honey!Dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan-bulan yang amat produktif berbanding sebelum ini. Tak pernah pula Datin X lihat dia secergas itu ketika di syarikat XYZ. Apa-apa pun, itu hak dia sebagai seorang manusia dan Datin X berdoa apa jua yang dikongsi di media sosial itu adalah dirinya sebenar, dan bukan lagi her alter ego!
Mengapa Datin X kata begitu? Dulu bila ke pejabat, Datin Embun bukan kaki melawa walau jawatan yang disandang bukan calang-calang. Jawatan yang sering digilai dan dicemburui malah sering menjadi bualan seantero dunia. Bila ke pejabat asal datang sahaja, bikin kerja sambil lewa dan pulang ikut suka. Anak buah yang memandang mula terikut- ikut. Samalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mengata orang memang sedap namun bila diri sendiri perlu menjadi contoh, agak sukar sekali.
Sejak berhenti dari syarikat XYZ, ada desas-desus Datin X dengar yang dia seronok mengutuk sana sini hasil kerja team yang baru. Ada sahaja tak kena pada matanya. Mungkin ada dua sebab; sama ada dia masih tidak boleh move on dan masih mengharap syarikat XYZ memujuknya kembali menyandang jawatan lama atau dia benar-benar rasa sayang dan cinta pada titik peluhnya selama ini disabotaj dengan hasil kerja team baru yang tidak memuaskan hati sampai sakit biji matanya.
Ketika itu Datin X tertanya, katanya tidak mahu mengejar duniawi namun komen sebegini juga langsung tidak selari dengan sahsiah diri sempurna yang dilaung di media sosialnya. Dan jika niat sebenar dia berhenti kerja adalah untuk memutuskan hubungan dengan pekerjaan yang penuh dosa, mengapa fokus hariannya tidak tertumpu kepada mencari diri dan mempertingkatkan ilmu agama? Allah sudah membuka jalan mudah untuknya; berhenti kerja yang memenatkan, lebih masa bersama keluarga dan mencari diri yang telah lama hilang.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
