DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Tembelang Dato’ Seri Berbini Dua
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioSatu keluarga positif Covid-19, benarkah virus ini datangnya dari Nina, gadis berasal dari Golok, isteri muda Dato’ Seri Hairi?
Terma BMW (Black-Market-Wife) bukan suatu yang asing bagi mereka yang sering menyorok kehadiran isteri muda dari pengetahuan isteri yang tua. Dahulu, mungkin mudah untuk menyimpan rahsia sebegini. Anda terselamat bila tiada aplikasi jejak lokasi yang harus anda install pada telefon pintar. Kini, setiap langkah kita dicatat dalam aplikasi MySejahtera, nak padam bukan main payah. Pendek cerita, kalau ada yang pakar bab padam memadam ini, dia memang handal lah!
Pasangan yang punya masalah trust issue sememangnya mengambil kesempatan atas kewujudan aplikasi ini. Ada baik dan buruknya juga, bukan? Selain dapat menjejak dari mana virus Covid-19 datang, anda juga boleh melihat pergerakan harian yang tersayang. Termasuklah jika anda mahu menjejak lokasi anak remaja yang kian membesar.
Panjang mukadimah Datin X. Namun apa yang mahu Datin X kongsikan buat edisi bulan ini berkisar dari aplikasi yang popular digunakan kini. Pernah Datin X disoal, “Bagaimana nak padam history MySejahtera?” Sejujurnya, Datin X tak pernah terfikir tentangnya kerana tiada alasan untuk Datin X padam. Bagi Datin X ia pointless kerana kita menggunakan aplikasi ini setiap hari untuk menjejak dan memberitahu kontak rapat jika kita adalah salah seorang pesakit Covid-19.
Pautan berkaitan: Datin X: Terjeratnya Cinta Dusta Si Penunggang Agama
Dato’ Seri Hairi, figura ternama dan dihormati. Isterinya, Datin Seri Leila sering menunjukkan keakraban mereka di media sosial. Saling berpegangan tangan, berkucup manja dan tidak lupa menghadiahkan barangan berjenama tiap kali menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan. Kalau sebelum pandemik, pusing satu dunia itu adalah rutin bulanan mereka. Datin X sendiri mengakui ada sedikit rasa cemburu bila melihat kemesraan (dan kemewahan) yang terjalin antara mereka walau sudah berdekad menjalin cinta. Tiada siapa menyangka Dato’ Seri Hairi main kayu tiga dan isterinya yang ‘bimbo’ itu ditipu bulat-bulat. Sikap pijak semut pun tak mati si suami membuat Datin Seri Leila terkujat bila mendapat tahu tentang perbuatan miang suami di belakangnya.
Patutlah liat sungguh bila disuruh install aplikasi MySejahtera. Alasan terdahulu, katanya mahu tunggu telefon baru. Bila sudah ada Samsung FLIP3 5G di tangan, masih susah mencari masa untuk install. Datin Seri Leila bukan sejenis check telefon suaminya, namun dek kerana mahu berhati-hati, Dato’ Seri Hairi menolak untuk install aplikasi ini. Hanya beberapa minggu lepas, barulah Dato’ Seri Hairi akur untuk install pada telefon pintar yang baru dibelinya itu. Sah, memang ada udang di sebalik batu! Dato’ Seri Hairi yang sibuk dengan aktiviti harian dan projek nan juta-juta masih lagi sibuk mahu berbini dua. Hairan betul Datin X! Datin Seri Leila itu bukan sahaja jelita, kulit gebu bak telur rebus, body masih maintain macam anak dara walau sudah beranak dua!
Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OKTOBER 2021
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
