Related Stories
Eksplorasi Dunia Kempen Gucci Melalui Pameran Gucci Garden Archetypes
Bersempena dengan ulang tahun Gucci yang ke-100, rasai sendiri pengalaman multimedia pameran Gucci Garden Archetypes di Florence dengan menyusuri dan meraikan visi kreatif dan kempen rumah fesyen Itali itu secara maya.
Sejak menduduki kerusi Pengarah Kreatif Gucii, Alessandro Michele telah mentransformasikan rumah fesyen Itali itu dengan visi dan imaginasi yang mencabar sempadan. Bersempena dengan ulang tahun Gucci yang ke-100, peminat boleh merasai sendiri pengalaman multimedia pameran Gucci Garden Archetypes di Florence melalui ruang yang menghidupkan semula 15 kempen Gucci.

Arketip adalah bentuk original yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang sama, dan sudah pasti ia amat sukar untuk dihasilkan semula. Seperti kempen Gucci saban musim, ia menampilkan momen-momen unik dan tidak mampu diulangi untuk menzahirkan tema sesebuah koleksi, selain merefleksikan falsafah, kebebasan dan keberanian milik Pengarah Kreatif, Alessandro Michele.

Gucci Garden Archetypes menyelami kepelbagaian inspirasi daripada dunia muzik, seni, kembara dan juga budaya pop yang menyalun dalam kempen-kempen Gucci. Dari Tokyo hingga Los Angeles, dan juga dari Northern Soul hingga May 68, pameran ini menampilkan objek penuh mitos, eksplorasi antara galaksi, kuda, penari, dewa serta makhluk asing yang akan membuat kemunculan dalam visi kaleidoskop Alessandro Michele.

“Saya merasakan ia sangat menarik untuk mempersembahkan kepada orang ramai pengembaraan enam tahun pertama ini, dan menjemput mereka untuk bermain dengan imaginasi, naratif, kejutan dan glitter bergemerlapan. Oleh itu, saya mencipta sebuah taman permainan yang penuh dengan emosi sama seperti ada di dalam kempen, kerana ia adalah perjalanan ke dalam imaginasi saya yang eksplisit,” kata Alessandro Michele yang merupakan kurator pameran ini.

Pameran Gucci Garden Archetypes menggunakan teknologi terkini, seni pembuatan tangan yang terperinci dan inovasi rekaan dalaman untuk menghasilkan desain studio yang mentransformasikan visi Alessandro Michele kepada ruang pameran yang merefleksikan estetikanya yang unik. Direka oleh Archivio Personale, pengunjung dapat menyelami pusat operasi di balik tabir melalui skrin secara langsung. Setiap ruang bertema ini akan menghidupkan semula dunia pembikinan 15 kempen Gucci sebelum ini.

Contohnya, kempen gincu Gucci Beauty yang bertemakan ‘bold, bright and beautiful’ ditransformasikan menjadi ruang yang dipenuhi dengan skrin yang ekstravaganza. Ia dihangatkan dengan senyuman milik penyanyi punk, Dani Miller dari pelbagai sudut yang telah menggegarkan dunia kosmetik ketika ia dilancarkan.

Pengunjung boleh menyelami dunia Gucci melalui pameran Gucci Garden Archetypes selam dua minggu bermula 17 Mei 2021. Pameran ini boleh dikunjungi secara maya melalui Virtual Tour di sini.
Foto: Gucci
Baca lebih lanjut: Dimensi Ketangkasan BMW 330Li M Sport Baharu
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
