Related Stories
Samsung Galaxy Z Fold6: Inspirasi Kreativiti Buat Sid Murshid
Sid Murshid adalah contoh sempurna bagaimana teknologi dapat menjadi elemen utama dalam perjalanan kreatif. Dengan minat mendalam terhadap muzik dan masakan, Sid memadukan dua dunia ini dengan cukup sempurna. Walaupun kedua-duanya kelihatan berbeza tetapi bagi Sid Murshid, muzik dan masakan adalah seni yang saling melengkapi. Kuncinya? Peranti Samsung Galaxy Z Fold6, yang menjadi pintu gerbang kepada inovasi dan kreativiti tanpa batas.
Membuka Potensi Kreativiti

Sid Murshid memanfaatkan Samsung Galaxy Z Fold6 untuk mengabadikan setiap momen untuk inspirasi. Sama ada ketika mencipta melodi baru di studio atau bereksperimen dengan resipi di dapur, dia bergantung pada ciri peranti ini untuk menyokong prosesnya. Dengan paparan boleh lipat yang luas dan fungsi multitasking intuitif, Sid dapat beralih dengan mudah antara tugas kreatif tanpa kehilangan momentum. “Saya dapat menghasilkan sesuatu setiap hari,” katanya. “Sama ada merancang, merakam, atau menghidupkan idea, teknologi memainkan peranan besar.” Dengan Galaxy Z Fold6, Sid mencatat idea lagu atau menulis nota resipi baharu dengan pantas, walaupun dia sedang dalam perjalanan.
Teknologi Sebagai Pemudah Kreativiti

Fungsi Note Assist pada Galaxy Z Fold6 membantu Sid menyusun resipi dan nota dengan mudah menggunakan ‘S Pen’. Kehebatan feature skrin yang lebar membolehkan Sid Murshid melihat arahan memasak sambil membuat penyesuaian secara langsung. Ciri Photo Assist membantu merakam hidangan atau sesi studio dengan hasil visual yang tajam dan sedia untuk dikongsi di media sosial.
“Photo Assist sangat berguna, terutama ketika merakam dalam dapur yang bersepah. Ia memastikan setiap gambar kelihatan profesional,” ujar Sid sambil ketawa.
Selain itu, ciri Circle to Search with Google memberikan kemudahan dalam mencari bahan atau inspirasi. “Ia seperti pembantu peribadi saya,” tambahnya. Galaxy AI pula menawarkan cadangan bijak. Daripada menyesuaikan lirik lagu hingga mencari penggantian bahan masakan, ia membuatkan proses kreativiti dan idea lebih bernas dihasilkan.
Menyelaraskan Muzik dan Masakan

Selain itu, muzik dan masakan bukan sekadar minat tetapi juga bentuk seni yang mencipta kenangan. Sama ada dia menghasilkan nada yang harmoni atau rasa yang memikat, prosesnya tetap sama: menyelami, bereksperimen, dan berkembang.
“Muzik dan masakan adalah seni yang berkongsi emosi,” katanya. “Apa yang paling saya suka adalah selalu ada sesuatu yang baru untuk dipelajari, sama ada melalui bunyi atau rasa,” jelas pempengaruh TikTok ini.
Kreativiti di Masa Depan

Sid Murshid kini sedang mengembangkan sayapnya dengan projek baru yang mengujakan iaitu membuka sebuah kafe yang menggabungkan minatnya terhadap muzik dan masakan. Dalam perjalanan ini, Samsung Galaxy Z Fold6 terus menjadi alat penting, membantu Sid menguruskan dokumen perniagaan, mengikuti trend kulinari, dan merancang strategi kreatifnya.
“Teknologi semakin pesat berkembang,” katanya. “Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya dalam mencapai impian.”
Bagi Sid Murshid, Samsung Galaxy Z Fold6 bukan sekadar peranti—ia adalah rakan setia yang membantu merealisasikan visi dan kreativiti dalam setiap langkahnya. Dari studio ke dapur, dari idea ke inovasi, Sid membuktikan bahawa dengan alat yang betul, tiada batasan dalam mengejar impian.
Artikel Berkaitan: Samsung Pupuk Semangat Dengan ‘Solve for Tomorrow’ 2024
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



