GLAM Reviu: Kualiti Terbaik Samsung Galaxy Z Fold5
GLAM berpeluang mendekati dan merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon pintar terkini, Samsung Galaxy Z Fold5. Dengar reviu lengkap kami tentang telefon lipat hebat ini.
Kerjaya sebagai penulis dan dalam pada masa yang sama sebagai content creator ini memerlukan diri untuk menjadi lebih cekap dan multitasker. Disebabkan itu, saya harus memiliki planner hidup yang mencoret kegiatan dan jadual harian saya. Namun, saya mahukan sesuatu yang lebih efisyen. Tidak mahu asyik membimbit buku nota yang sebesar buku latihan sekolah itu kehulu-kehilir. Baru-baru ini Samsung tampil memperkenalkan siri Galaxy terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold5. Pertama kali memegang peranti terbaru Samsung Galaxy Z Fold5 yang telah dinaiktaraf ini membuatkan diri menjadi ekstra teruja.
Rupa luarannya secara mata kasar, tampak seperti tiada perbezaan berbanding model keluaran sebelum ini. Namun setelah membelek secara menyeluruh Samsung Galaxy Z Fold5 ini, anda akan nampak beberapa perubahan penting yang bakal membantu rutin harian anda. Salah satunya adalah pelancaran One UI nya. Ciri kegemaran saya adalah pada fungsi Advanced Taskbar. Ia telah dipertingkatkan berbanding dahulu dan membolehkan saya membuka setiap tetingkap aktiviti dengan lebih produktif. Bukaan paparan aplikasi yang kerap saya gunakan tampil lebih pantas dan cekap walaupun saya membuka sehingga empat tetingkap pada satu-satu masa di dalam satu skrin yang sama.
Kerana skrinnya yang besar, saya boleh menggunakan teknik dua tangan, lebih efisyen dan memudahkan kerja. Sebagai contoh, jika saya hendak menghantar gambar di dalam pautan galeri kepada teman melalui aplikasi WhatsApp, saya hanya perlu memasang dua paparan tingkap (kiri dan kanan). Kemudian gunakan jari jemari kiri untuk mengawal gambar di dalam galeri dan kemudian tarikkan terus ke paparan sebelah kanan yang memegang aplikasi WhatsApp. Mudah bukan?
Bercakap tentang saiz skrin yang besar, ia yang memiliki paparan berukuran 7.6″. Ini membuatkan pengalaman menonton video-video pilihan lebih seronok dan memuaskan. Bukan itu sahaja, skrinnya lebih cerah, terima kasih kepada teknologinya yang dicipta dengan kadar High Brightness Mode (HBM) 1,200 nits juga Peak 1,750 nits. Ia memberi pengalaman menonton skrin paparan dengan lebih jelas walaupun di bawah silau cahaya matahari yang terang. Oleh kerana saiznya yang besar itu membolehkan anda menjadikan ia sebagai “pengganti” komputer riba anda. Kepakkan peranti ini sehingga separuh dan anda kemudian gunakan bahagian paparan rata sebagai kawalan papan kekunci.
Sebuah lagi kelainan ketara yang boleh dilihat pada Samsung Galaxy Z Fold5 ini adalah pada rupa bentuknya. Jika sebelum ini, agak sukar untuk melihat telefon lipat yang mampu menutup rapat sepenuhnya, namun untuk peranti pintar ini anda tidak akan terlihat sebarang penjarakan di antara lipatannya. Keistimewaan Flex Hinge yang menjadikan peranti ini tampil lebih nipis dan ringan serta secara tidak langsung nampak lebih elegan. Dengan kadar 28 peratus lebih nipis dan kompak berbanding edisi model yang sebelum ini membuatkan sarungan S Pen Casing menjadi lebih kemas dan langsung tidak memakan ruang yang banyak walaupun anda menyimpan telefon pintar ini di dalam poket seluar saya.
Walaupun saya bukanlah penggemar permainan mobil, namun peranti pintar ini mempunyai banyak kelebihan buat anda yang gemarkan kualiti permainan mobil tahap terbaik. Dengan adanya pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy, ia membuatkan pengalaman permainan anda lebih bagus. Ini kerana ia memiliki sistem penyejukannya yang canggih, menyurai haba dengan lebih bijak untuk mengurangkan kelembapan tanpa mempengaruhi prestasi.
Saya merumuskan Samsung Galaxy Z Fold5 sebagai peranti pintar terbaik dan cukup versatil. Ia mampu menjadi pengganti kepada komputer riba. Bukan sekadar peranti biasa, ia peranti pintar yang cukup berkuasa dengan desain yang tiada bandingan!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




