Tahniah, Jisoo BLACKPINK & Pelakon Ahn Bo Hyun Sah Bercinta
Awal pagi ini, portal Dispatch Korea berkongsi foto terbaru yang dikatakan melihat Jisoo BLACKPINK bersama pelakon Korea, Ahn Bo Hyun bersama. Lantas, agensi mereka berdua mengeluarkan kenyataan rasmi. Tahniah diucapkan!
YG Entertainment (agensi Jisoo BLACKPINK) juga FN Entertainment (agensi Ahn Bo Hyun), kedua-duanya mengeluarkan kenyataan rasmi baru sebentar tadi pada 3 Ogos 2023, di mana mereka mengesahkan hubungan rapat kedua-dua artis ini.

Gambar: Dispatch Korea
Wakil daripada pihak YG Entertainment mengeluarkan kenyataan,
Jisoo juga Ahn Bo Hyun kita di dalam fasa mengenali hati budi dengan perasaan yang baik. Kami amat hargai jika anda semua boleh sama menjaga dan menyokong hubungan mereka.
Di dalam penulisan Dispatch di dalam laporan eksklusif mereka itu, dilihat Ahn Bo Hyun sering menghabiskan masa di rumah Jisoo di Yongsan setiap kali Jisoo berada di Korea. Buat yang belum mengenali pelakon Ahn Bo Hyun ini, dia adalah merupakan pelakon yang pernah membintangi beberapa siri hebat antaranya seperti Itaewon Class, Military Prosecutor Doberman, Yumi’s Cells dan pelbagai lagi.
Ahn Bo Hyun juga pernah diiktiraf di dalam beberapa majlis anugerah seperti Pelakon Lelaki Baru Terbaik menerusi drama Itaewon Class pada tahun 2021 dan Excellence Award, Actor in an OTT Drama untuk lakonanya di dalam drama Yumi’s Cells juga My Name pada tahun 2022.
Perbezaan jarak umur di antara Jisoo BLACKPINK juga Ahn Bo Hyun ini adalah 7 tahun. Ahn Bo Hyun dilahirkan pada tahun 1988, manakala Jisoo pula dilahirkan pada tahun 1995. Mereka berdua debut pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2016 di dalam industri hiburan Korea Selatan.
Tahniah diucapkan, kami berharap hubungan kedua-dua bintang hangat Korea ini berkekalan. Siapakah ahli BLACKPINK yang lain akan berkongsi berita gembira mereka selepas ini?
Pautan Berkaitan: Selebriti Lokal di Konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
