Angkat Martabat Warisan Tekstil, Ini Karya Tengku Puteri Jihan
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioTengku Puteri Jihan semakin menyerlah sebagai artis tekstil muda dengan karya inovatif yang menggabungkan warisan budaya dan sentuhan moden.
Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah merupakan puteri bongsu kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Beliau baru-baru ini menamatkan pengajian di University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom, dan meraih Ijazah Sarjana Muda Seni dalam bidang Tekstil dengan Kepujian Kelas Pertama, satu pencapaian yang membanggakan bukan saja kepada keluarga diraja tetapi juga rakyat Pahang.

Sepanjang pengajian beliau, Tengku Puteri Jihan juga aktif dalam seni kraf dan warisan budaya Malaysia. Sejak remaja, beliau menzahirkan minat mendalam terhadap seni tenun, batik dan lukisan, serta sering membantu dalam bengkel batik dan tenun Diraja di Pahang. Hubungannya dengan seni ibunya, Tunku Azizah yang juga tokoh dalam seni tekstil membantu memupuk jati diri budaya dan rasa cinta kepada warisan tempatan.
Projek seni tekstil terkini yang mendapat perhatian ialah melalui jenama beliau sendiri, Jihans Studio, ketika menyertai UCA Grad Show 2025. Karya beliau bertajuk Cityscapes Of The Future menggabungkan unsur futuristik bersama warisan seni bina tradisional Malaysia. Dalam karya ini, Tengku Puteri Jihan menonjolkan kepakarannya dalam seni tenunan dengan menggunakan bahan seperti monofilamen dan dawai logam, serta pleat dan instalasi tiga dimensi untuk mencipta kesan cahaya, ruang dan lapisan yang menyerlahkan estetika moden tetapi tetap mengekalkan budaya tempatan.
Pameran UCA Grad Show 2025 menjadi platform besar bagi artis muda seperti Tengku Puteri Jihan untuk memperlihatkan karya mereka ke pentas antarabangsa. Acara ini berlangsung di kampus UCA di Epsom, Farnham dan Canterbury dari 9 hingga 25 Jun 2025 dan turut diakses secara dalam talian, memberi ruang lebih luas kepada khalayak global melihat karya-karya inovatif dari pelbagai latar seni.
Baru-baru ini, Tengku Puteri Jihan juga menyertai CIMB Artober Art & Soul 2025 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 26 hingga 28 September 2025 dengan mempamerkan karyanya, Cityscapes Of The Future. Artober tahun ini adalah edisi kelima, sebuah acara seni & budaya besar di Malaysia yang menghimpunkan lebih daripada 30 galeri dan lebih 100 artis, termasuk yang muda dan berpengalaman.
Selain itu, Tengku Puteri Jihan turut berkongsi karya-karya lain beliau di hantaran Instagram @jihans.studio yang memperlihatkan kreativitinya dalam seni tekstil tenunan yang menakjubkan.
Kejayaan akademik dan kreativiti beliau bukan sahaja mencerminkan bakat semula jadi, tetapi juga usaha gigih, fokus dan komitmen kepada bidang seni tekstil. Melalui Jihans Studio dan karya-karyanya seperti Cityscapes Of The Future, Tengku Puteri Jihan bukan hanya memartabatkan identiti budaya Malaysia, tetapi juga menonjolkan bagaimana warisan boleh disuntik dengan elemen kontemporari untuk menarik perhatian dunia. Beliau adalah inspirasi bagi generasi muda yang berminat dalam seni, budaya dan inovasi.
Artikel Berkaitan: Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
