Related Stories
Dua Lipa Nikmati Makanan Tempatan Di Singapura, ‘Approved’ Rasa Tau Foo Fah!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioBintang pop terkenal, Dua Lipa meneroka makanan tempatan di negara jiran, Singapura!
Penyanyi berusia 29 tahun kelahiran Britain-Albania ini kelihatan sangat menikmati pengalaman menjamu selera di Maxwell Food Centre, beberapa jam sebelum konsertnya pada 6 November.
Dua Lipa memulakan Radical Optimism Asia Tour sekaligus melancarkan album ketiganya, dengan dua pertunjukan di Singapore Indoor Stadium pada 5 dan 6 November.
Dua Lipa menikmati nasi ayam!



Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lipa memuat naik foto dan video yang penuh dengan makanan tempatan seperti yang boleh didapati di Malaysia antaranya nasi ayam, mee hoon goreng, pak choy tumis sos tiram, nasi goreng, sup bebola ikan dan mee sup yang dimakan bersama pasukannya.
“Whatever level this was – we completed it,” tulisnya beserta emoji-emoji makanan yang menggiurkan.
Dalam pada itu, Lipa juga menikmati air kelapa, agar-agar dan tau foo fah sambil mengatakan rasanya sangat sedap.


Lebih menarik, dia sempat bergambar di hadapan sebuah kedai cenderahati dengan papan tanda “I Love Singapore” yang pastinya menjadi kenangan manis sepanjang lawatan ini.
Pada 4 November, Lipa turut memuat naik foto-foto dirinya mencuba laksa, jus plum masam, dan ketam cili yang pedas dan lazat.
Selepas Singapura, Dua Lipa bakal menghiburkan peminat di Jakarta pada 9 November, sebelum meneruskan jelajah ke beberapa bandar Asia lain seperti Saitama, Taoyuan, Kuala Lumpur, dan Seoul.
Dengan jadual yang padat, selain menyanyi, Lipa juga berjaya menikmati makanan tempatan yang tidak kurang menariknya!
Artikel Berkaitan: Sol De Janeiro Pilihan Dua Lipa Kini Di Malaysia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
