TAG Heuer Formula 1: Pameran “Designed to Win” Gegarkan Kuala Lumpur
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioKuala Lumpur terus meneguhkan posisinya sebagai kota gaya hidup mewah apabila TAG Heuer Formula 1 memilih The Exchange TRX sebagai lokasi pelancaran global terbaharu. Dari 20 hingga 31 Ogos 2025, pameran ini memperkenalkan kempen eksklusif “Designed to Win”, satu penghormatan kepada semangat perlumbaan yang telah lama menjadi nadi kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
Lebih enam dekad, TAG Heuer telah membina reputasi sebagai lambang kelajuan, inovasi dan ketepatan. Formula 1 menjadi kanvas utama di mana jenama ini mencipta legasi, dari teknologi jam yang memecah tradisi hinggalah kerjasama ikonik dengan pasukan lumba ternama. Kempen “Designed to Win” kali ini menghidupkan semula naratif tersebut dengan cara yang lebih segar, berani dan kontemporari.

Majlis pelancaran turut menjadi sorotan apabila selebriti popular Bella Astillah dan ahli politik muda berpengaruh YB Syed Saddiq hadir memeriahkan acara. Kehadiran dua figura ini menambah elemen glamor, menghubungkan dunia hiburan, fesyen dan sukan permotoran dalam satu pertemuan yang eksklusif.

Warisan yang dipamerkan

Tarikan utama pameran ialah sebuah kereta lumba Formula 1 sebenar simbol sinergi antara kelajuan dan kepakaran horologi. Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksikan koleksi warisan dari TAG Heuer Museum Collection, antaranya Heuer Master Time dari 1960-an, Chronograph Autavia dan Carrera keluaran 1969, serta TAG Heuer Formula 1 generasi pertama tahun 1986. Setiap satu mengisahkan perjalanan inovasi yang membentuk jenama ini.



Kuala Lumpur sebagai latar global pameran TAG Heuer Formula 1

Menurut Brice Tchaplyguine, Managing Director TAG Heuer untuk Asia Tenggara, Korea dan Pasifik, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana pengaruhnya yang semakin berkembang dalam budaya mewah dan sukan permotoran. Pameran ini, katanya, adalah cara terbaik untuk menghormati warisan sambil menggariskan visi masa depan.


Dibuka kepada umum, pameran TAG Heuer Formula 1 ini menjanjikan pengalaman penuh inspirasi, menggabungkan adrenalin perlumbaan dengan keanggunan Swiss watchmaking. Sama ada anda seorang pengumpul jam, peminat sukan bermotor, atau penggemar gaya hidup mewah, acara ini adalah bukti bahawa TAG Heuer sentiasa berada di hadapan di mana kelajuan, inovasi dan gaya bertemu.
Artikel berkaitan: Siapa Isteri Dan Teman Wanita Di Sisi Pelumba F1?
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
