Siapa Isteri Dan Teman Wanita Di Sisi Pelumba F1?
Dalam dunia perlumbaan Formula 1 yang penuh adrenalin dan kelajuan ekstrem, tumpuan bukan hanya terarah kepada pelumba yang mengemudi jentera di litartetapi turut terpalit kepada wanita-wanita elegan di sisi mereka. Digelar sebagai WAGs (Wives and Girlfriends), mereka bukan sekadar wajah cantik di garisan penamat. Mereka adalah ikon gaya, usahawan berjaya, dan simbol glamor moden yang melengkapi dunia elit pelumba F1.

Daripada pakaian berjenama mewah ketika menghadiri Grand Prix di Monaco hingga ke deretan kerusi VIP di paddock, kehidupan wanita-wanita ini adalah cerminan gaya hidup yang hanya dinikmati oleh golongan eksklusif. Ambil contoh Kelly Piquet, bekas model dan anak kepada legenda pelumba F1 Nelson Piquet, kini kekasih kepada juara dunia Max Verstappen. Keanggunannya di media sosial menjadikannya sensasi fesyen yang sentiasa diperhatikan jenama-jenama besar.
Begitu juga dengan Carmen Montero Mundt, teman wanita pelumba George Russell, yang sering tampil bersahaja namun elegan dalam setiap penampilan. Sama ada di acara red carpet mahupun di belakang tabir perlumbaan, gaya mereka adalah lambang sofistikasi kontemporari yang mengaburi sempadan antara dunia sukan dan fesyen haute couture.
Namun, glamor bukan hanya pada permukaan. Ramai dalam kalangan mereka memiliki kerjaya tersendiri dari bidang perhubungan awam, modeling, perniagaan, hingga filantropi. Mereka bukan hanya berdiri di sisi, tetapi turut mencorak naratif sendiri dalam dunia yang selama ini didominasi lelaki.
Kelly Piquet – Max Verstappen (Pelumba F1 Redbull Racing)
Rebecca Donaldson – Carlos Sainz (Williams Racing)
Lily Muni He – Alex Albon (Pelumba F1 Williams Racing)
Alexandra Saint Mleux – Charles Leclerc (Pelumba F1 Scuderia Ferrari)
Carmen Montero Mundt – George Russell (Mercedes AMG Petronas F1 Team)
View this post on Instagram
A post shared by Carmen Montero Mundt (@carmenmmundt)
Sorotan LainMomen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina
Kontroversi Oscar: Momen Pertemuan Pertama Brad Pitt & Youn Yuh-jung Disalah Tafsir!
Pameran Art of the Trench Burberry
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
Jenama Yang Tamatkan Kontrak dengan Kim Soo Hyun Akibat Kontroversi
Selena Gomez Teruja, Billie Eilish Guna Rare Beauty Untuk Vanity Fair![]()
Kika Cerqueira Gomes – Pierre Gasly (Alpine)
Flavy Barla – Esteban Ocon (Haas)
Hannah St. John – Liam Lawson (Redbull Racing)
Egle Ruskyte – Nico Hülkenberg (Pelumba F1 Sauber)
Eliska Babickova – Andrea Kimi Antonelli (Mercedes AMG Petronas F1 Team)
Kehidupan sebagai pasangan kepada pelumba F1 bukanlah sekadar pelancongan mewah dan pesta eksklusif. Ia juga memerlukan ketahanan mental, pengorbanan masa, dan kepercayaan mendalam dalam hubungan. Ketika pasangannya mengejar kejayaan di litar, mereka pula menjadi tulang belakang yang menyokong dari luar litar, memastikan kestabilan emosi dan keutuhan keluarga. Dalam dunia di mana setiap detik diukur dalam milisaat, isteri dan kekasih pelumba F1 membuktikan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada permainan bukan di stereng kereta, tetapi di stereng kehidupan bergaya yang tiada tandingan.
Artikel Berkaitan: 4 Personaliti Buat Kempen Chanel Eyewear Musim Bunga-Panas 2025
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
